Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan perkasa ekonomi Melayu diteruskan kepimpinan baharu: Izat

-

KUALA LUMPUR: Setelah 19 tahun menerajui Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir, yakin perjuangan­nya dalam memperkasa­kan ekonomi Melayu menerusi persatuan itu akan terus diberi kesinambun­gan oleh kepimpinan baharu.

Moehamad Izat, yang bersama-sama sejak hari pertama penubuhan PERDASAMA, telah melepaskan jawatan presiden kepada tokoh korporat, Tan Sri Matshah Safuan semasa mesyuarat agung tahunan PERDASAMA ke-19 baru-baru ini.

Beliau yang sinonim dengan gelaran ‘Bapa PERDASAMA’ melahirkan rasa bangga dengan prestasi yang telah dicapai PERDASAMA setakat ini, dan akan terus memberikan sokongan.

Baginya, PERDASAMA telah berjaya menjadi sebuah platform untuk memberi pendedahan kepada anggotanya mengenai ciri-ciri usahawan yang mampu berdaya saing, bukan sahaja di peringkat tempatan malah antarabang­sa.

Persatuan itu juga akan kekal relevan memandangk­an ia peka kepada cabaran semasa, katanya.

“Ia juga sejajar dengan apa yang telah diucapkan di dalam Perhimpuna­n Agung UMNO ke-71 baru-baru ini, iaitu memperkasa­kan syarikat Bumiputera untuk mengekspor­t dan terlibat dalam ekonomi digital,” katanya kepada Bernama.

Asas pertubuhan PERDASAMA adalah menubuhkan rangkaian efektif bagi pengedaran, yang memperting­katkan bidang keusahawan­an Bumiputera.

Ditubuhkan pada 9 Dis, 1998 objektif penubuhan PERDASAMA termasuk meningkatk­an taraf profesiona­lisme dan prestasi pedagang serta pengusaha Melayu, di samping mengenal pasti peluang di dalam dan luar negara untuk dimanfaatk­an anggotanya.

Persatuan itu juga berusaha mewujudkan dana kewangan untuk membantu meningkatk­an keupayaan pedagang dan pengusaha Melayu bersaing di dalam dan luar negara.

Setakat ini, PERDASAMA mempunyai 16 cawangan dengan 16,707 anggota aktif.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia