Utusan Borneo (Sabah)

Promosi produk IAT dipertingk­atkan untuk membawa pulangan lebih besar

-

PUTRAJAYA: Program industri asas tani (IAT) yang dilaksanak­an Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) berjaya melonjakka­n pendapatan peserta usahawan antara RM10,000 dan RM20,000 sebulan.

Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata, program itu akan diteruskan, malah ia juga dapat memperting­katkan aktiviti promosi produk IAT di peringkat antarabang­sa sekali gus membawa pulangan lebih besar.

“Di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja, sebanyak 87 usahawan di bawah seliaan FAMA kini aktif menjual produk (IAT) berasaskan makanan seperti aiskrim, makanan sejuk beku, kuih tradisiona­l dan ubat-ubatan herba,” katanya kepada

Anis bergambar bersama penerima sumbangan semasa hadir merasmikan Program Sudut Industri Asas Tani (IAT) dan Sampling di MyFarm Outlet Kasih di Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama

pemberita selepas tinjauan mesra Program Jualan dan Sudut Uji Rasa Produk Usahawan IAT FAMA Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya di MyFarm Outlet, di sini semalam.

Beliau berkata, FAMA menjalanka­n program bagi meningkatk­an IAT menerusi empat komponen termasuk membangunk­an produk dan penjenamaa­n, penambahba­ikan pembungkus­an dan label serta pendaftara­n produk melibatkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) agar produk dapat dipasarkan ke peringkat global.

“Di samping itu, kita juga membangunk­an vendor yang boleh menawarkan produk berkualiti dan berterusan di pasaran kerana ia boleh memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatka­n hasil terbaik,” katanya.-Bernama

 ??  ?? MOHD
MOHD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia