Utusan Borneo (Sabah)

Mead Johnson tawar penggantia­n bagi susu rumusan bayi Enfalac A+ Step 1

-

KUALA LUMPUR: Mead Johnson Nutrition Malaysia (MJN) menasihatk­an pengguna dan peruncit di seluruh negara supaya memulangka­n produknya; Enfalac A+ Step 1 Infant Formula dalam pek 1.8 kg untuk penggantia­n segera.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MJN berkata program penggantia­n produk sedang dijalankan susulan siasatan untuk menghapusk­an produk tiruan dan setakat ini mengenal pasti sebilangan kecil produk disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit di Johor.

Menurut kenyataan itu, MJN segera memperluas­kan aktiviti sokongan pengguna melalui Program Penggantia­n Produk secara syukarela yang bermula kelmarin.

“Oleh kerana produk tiruan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah tanpa membuka karton, kebimbanga­n pengguna hanya boleh ditangani dengan diatasi sepenuhnya melalui Program Penggantia­n Produk.

“Matlamat program ini ialah untuk melupuskan karton tiruan dari pasaran dan membolehka­n pengguna mendapatka­n hanya produk MJN yang tulen, berkualiti tinggi yang selamat dan sesuai digunakan bagi setiap label produk,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dilaporkan dirampas di Johor baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, MJN akan mengumpulk­an semua stok produk sedia ada dari kedai runcit dan menukarkan­nya dengan produk gantian selaras dengan mekanisme program yang kini dimaklumka­n kepada peruncit.

Pengguna boleh menghubung­i 1-800-88-3585 (Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 11 malam) atau melengkapk­an borang dalam talian di www.enfagrow.com. my untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan arahan penggantia­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia