Utusan Borneo (Sabah)

Media Korea Selatan marah wartawan dipukul di China

-

SEOUL: Media berita Korea Selatan semalam menyuaraka­n kemarahan dan rasa tidak puas hati selepas beberapa pengawal keselamata­n China memukul dan mencederak­an dengan teruk seorang wartawan foto Korea Selatan yang membuat liputan mengenai lawatan Presiden Moon JaeIn ke Beijing.

Beberapa parti pembangkan­g dan pengguna Internet telah turut serta, menyatakan insiden mencirikan sikap gergasi Asia itu terhadap negara jirannya yang lebih kecil.

Pembangkan­g utama Liberty Korea Party menggesa Moon agar membatalka­n lawatan rasminya selama empat hari dan segera pulang ke negaranya, menyatakan keganasan adalah “serangan pengganas terhadap seluruh Korea Selatan.”

Jurugambar itu ditolak hingga jatuh ke atas lantai dan ditendang, dilaporkan mengalami patah pada tulang mukanya dan kecederaan pada matanya, ketika kakitangan keselamata­n China menghalang beberapa jurugambar Korea Selatan mengikuti delegasi Moon semasa satu pameran perdaganga­n.

“Layanan teruk terhadap Presiden Moon dan mengasari seorang wartawan Korea – Ini adalah Impian China”, Chosun Ilbo, akhbar paling besar di Korea Selatan, menjadikan­nya tajuk utama beritanya, merujuk kepada janji Presiden Xi Jinping bagi kemakmuran dan pengaruh.

Chosundanb­eberapaakh­bar lain berkata Moon menikmati tiga hidangan pertamanya di China tanpa terdapat pegawai China langsung, dengan satu makan tengah hari bersama Perdana Menteri Li Keqiang turut dibatalkan.

Beliau disambut oleh seorang timbalan menteri ketika beliau mendarat, sementara Presiden Filipina Rodrigo Duterte disambut pada tahun lepas oleh Menteri Luar Negara Wang Yi.

Chosun berkata penghinaan diplomatik yang diterima dan keganasan terhadap seorang anggota pasukan media presiden Moon “bukan tidak disengajak­an” dan dilakukan kerana “sifat China yang sombong dan kejam” serta “sikap memandang rendah Seoul”.

“Sikap tidak sopan yang ditunjukka­n oleh China terhadap rombongan presiden Korea Selatan merupakan sifat semula jadi Impian China,” tambahnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia