Utusan Borneo (Sabah)

Felcra agih lebih RM10 juta dividen interim

- Bersama kanak-kanak yang menyertai Sunathon sempena program itu.

KINABATANG­AN: Felcra Berhad mengagihka­n RM10,484,301.72 juta sebagai agihan dividen interim bagi tahun ini menerusi dua fasa pengagihan kepada 1,968 peserta dari sembilan kawasan di negeri ini.

Pengagihan bagi fasa 1 pada Jun lalu berjumlah RM6,277,788.00 sementara fasa kedua berjumlah RM4,206,513.72.

Kawasan terbabit merangkumi Beaufort, Estet Danum, Kinabatang­an, Kudat, Lahad Datu, Nabawan, Pulau Banggi Fasa 1, Sandakan dan Telupid dengan membabitka­n jumlah keseluruha­n kawasan 5,897.459 hektar.

Pengerusi Felcra Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, berdasarka­n jumlah dividen yang diagihkan purata per hektar, peserta menerima bayaran berjumlah RM713.28 hingga RM2,836.49 purata perpeserta.

Menurutnya, keuntungan bersihdari­padaPenyat­aUntungRug­i Wilayah Sabah bagi bulan berakhir pada September lalu adalah berjumlah RM6,467,570.41 yang diagih menerusi dua fasa pada tahun ini.

“Di Kinabatang­an ini, penerima berjumlah 225 peserta dengan jumlah agihan dividen bagi fasa kedua sebanyak RM1,105,506.

Beliau berkata, setelah hampir 20 tahun bertapak di Sabah, Felcra Berhad telah berjaya membangunk­an seluas hampir enam ribu hektar di seluruh wilayah Sabah.

“Lonjakan pembanguna­n

JAFRY

yang dilaksanak­an telah memberikan kesan kepada peserta di negeri ini,” katanya berucap pada Program Jelajah Temui Rakyat, Penyerahan Dividen Peserta Felcra Berhad Wilayah Sabah dan Sunathon di pentas terbuka Sekolah Kebangsaan Batu Putih, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Felcra Bina Datuk Jafry Ariffin, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Fauzi Mohd Tahir, Pengarah Urusan Yayasan Felcra Hashimuddi­n Hashim, Ahli Lembaga Pengarah Felcra Livestock & Agri Product Adlin Ghazaly dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Sabah Irman Abok.

Pembanguna­n Felcra Berhad di Wilayah Sabah bermula sejak tahun 1985 dengan Projek Sungai Balaban yang hanya seluas 319.57 hektar.

Ia merupakan antara agensi pembanguna­n tanah di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan objektif menjana keuntungan dari ladang peserta untuk diagihkan kepada peserta dalam bentuk dividen.

Mengulas Jelajah Temui Rakyat, Bung berkata ia merupakan langkah gerak kerja pemimpin secara berterusan dalam mendekati rakyat di peringkat akar umbi yang ditunjangi kerajaan Barisan Nasional.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSA (tengah) menyampaik­an piala anugerah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah kepada penerima dari anak syarikat Tanjung Aru Hotel Sdn Bhd.
MUSA (tengah) menyampaik­an piala anugerah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah kepada penerima dari anak syarikat Tanjung Aru Hotel Sdn Bhd.
 ??  ?? (Gambar atas) MUSA (enam kanan) merakam gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Syarikat Terbaik. (Gambar kanan)
(Gambar atas) MUSA (enam kanan) merakam gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Syarikat Terbaik. (Gambar kanan)
 ??  ?? BUNG menyampaik­an replika cek Agihan Dividen PesertaPes­erta Felcra Berhad Wilayah Sabah di SK Kampung Batu Puteh.
BUNG menyampaik­an replika cek Agihan Dividen PesertaPes­erta Felcra Berhad Wilayah Sabah di SK Kampung Batu Puteh.
 ??  ?? BUNG menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada penerima terpilih dari seluruh Parlimen Kinabatang­an. Seramai 300 orang menerima sumbangan berkenaan.
BUNG menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada penerima terpilih dari seluruh Parlimen Kinabatang­an. Seramai 300 orang menerima sumbangan berkenaan.
 ??  ?? BUNG meluangkan masa melawat booth rawatan kesihatan percuma.
BUNG meluangkan masa melawat booth rawatan kesihatan percuma.
 ??  ?? BUNG memakaikan beg kepada seorang pelajar yang menerima bantuan keperluan sekolah sumbangan Felcra Berhad.
BUNG memakaikan beg kepada seorang pelajar yang menerima bantuan keperluan sekolah sumbangan Felcra Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia