Utusan Borneo (Sabah)

‘The Last Jedi’ cari keseimbang­an dalam satu galaksi ‘Star Wars’ yang kacau-bilau

-

CAHAYA berdepan dengan kegelapan, lama berdepan dengan baharu, dan terdapat pergelutan untuk mencari keseimbang­an dalam The Force apabila ‘Star Wars’ kembali dengan ‘The Last Jedi’, sekuel yang meletakkan Luke Skywalker dan kakaknya Leia di tengah-tengah kembara emosional.

‘The Last Jedi’, ditulis dan diarah oleh Rian Johnson, menyaksika­n watak baharu yang pertama kali diperkenal­kan dalam ‘Star Wars: The Force Awakens’ pada 2015 kembali di samping veteran francais, ketika The Resistance, diketuai Jeneral Leia lakonan Carrie Fisher, menentang First Order yang menakutkan dan cuba menguasai galaksi.

“Oleh kerana ia adalah lembaran baharu dan oleh kerana ia adalah lembaran di mana kita perlu mula mencabar watak, ia memasuki tempat yang amat hebat,” kata Johnson kepada Reuters dalam satu temu ramah baru-baru ini.

‘The Last Jedi’, yang muncul di pawagam seluruh dunia bermula Rabu lepas, merupakan filem kelapan dalam saga ‘Star Wars’ yang sudah lama wujud sejak ia dilancarka­n oleh George Lucas dengan ‘Episode IV: A New Hope’ pada 1977.

Rey (Daisy Ridley) ingin sekali cuba meyakinkan Luke yang degil (Mark Hamill), yang telah mengasingk­an diri di sebuah pulau terpencil dan meninggalk­an kehidupan The Jedi, untuk menyertai perjuangan pemberonta­k, yang semakin berputus asa dalam peperangan menentang First Order yang berkuasa dan diterajui Pemimpin Agung yang zalim, Snoke (Andy Serkis).

Johnson menarik semula tumpuan kepada The Force, tenaga ghaib yang mengalir dalam galaksi dan diajar oleh Jedi Master Yoda untuk kawal dalam ‘The Empire Strikes Back’ pada 1980.

Luke yang lebih tua menjauhkan diri daripada The Force dan The Jedi selepas salah seorang bekas muridnya, Ben Solo (Adam Driver), beralih kepada sisi gelap.

“Orang baik benarbenar berdepan dengan kebuntuan dan semua orang menghadapi cabaran dalam filem ini yang mereka tidak jangkakan,” kata Hamill.

Rey mengawal The Force dan mendapati ia menghubung­kannya menerusi visi kepada Ben, sekarang orang jahat terseksa, Kylo Ren. Dia cuba meyakinkan Ben untuk menerima cahaya, manakala Ben pula cuba menariknya ke sisi gelap.

“Ini adalah mengenai keseimbang­an pada umumnya. Ia seperti mengenai mengetepik­an label dan ... mencari titik pertengaha­n dan lebih memahami bahawa dalam peperangan, keduadua pihak menanggung kerugian,” kata Ridley.

Filem itu juga mengacukan lampu limpah ke atas Fisher,

ADAM DRIVER

yang meninggal dunia Disember tahun lepas, sejurus selepas dia selesai menjalanka­n pembikinan filem. ‘The Last Jedi’ tidak menamatkan kisah Leia, yang akan diserahkan kepada pembuat filem ‘Episode IX’ pada 2019.

Reviu awal bagi ‘The Last Jedi’ terbitan Walt Disney Co. kebanyakan­nya baik, dan Boxoffice.com mengunjurk­an filem itu akan mengaut AS$185 juta hingga AS$215 juta (RM796 juta – RM925 juta) di Amerika Utara pada hujung minggu pertama, salah satu penampilan sulung filem terbesar dalam sejarah.

Johnson berkata, seperti filem ‘Star Wars’ sebelum ini, dia mahu membawa sikap acuh tak acuh kepada ‘The Last Jedi’, daripada Poe Dameron (Oscar Isaac) yang mengejek Jeneral Hux yang cepat melenting hingga kepada teguran pedas Leia dan kejengkela­n Chewbacca dengan makhluk baharu yang berbulu gebu, The Porgs.

“Bagi saya, filem ‘Star Wars’ merupakan satu kembara menyeronok­kan. Kita ada opera tetapi kita juga perlu ada ‘bubblegum’,” katanya. — Reuters

 ??  ?? MARK HAMILL
MARK HAMILL
 ??  ?? WATAK UTAMA: Daisy Ridley yang berlakon sebagai Rey semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ di Royal Albert Hall London baru-baru ini. — Gambar AFP
WATAK UTAMA: Daisy Ridley yang berlakon sebagai Rey semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ di Royal Albert Hall London baru-baru ini. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia