1,529 pesawah dapat manfaat
Peruntukan RM5,421,519.50 kepada PPK Nabawan
NABAWAN: Sejumlah RM5,421,519.50 diperuntukkan kerajaan Persekutuan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan bagi tahun 2016 sehingga 30 November tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bantuan melalui program bantuan kepada pesawah padi itu masing-masing bagi bantuan Skim Baja Padi berjumlah RM1,533,595.20, Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) berjumlah RM745,771.20 serta Bantuan Skim Baja dan Racun Padi Bukit RM3,142,153.10.
Katanya peruntukan itu telah memberi manfaat kepada 1,529 pesawah yang mengusahakan 1,897.66 hektar sawah dan pada masa sama bagi tanaman padi bukit, di mana seramai 2,512 orang telah mendapat manfaat dengan keluasan tanah yang diusahakan 2,648.43 hektar.
“Selain bantuan baja dan racun, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM6,503,659.73 melibatkan infrastruktur, pembinaan pejabat dan rumah kakitangan PPK dan tanaman cili fertigasi serta tanaman pisang saba,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Peladang Daerah Nabawan, di sini pada Ahad.
Berucap di majlis itu, Tajuddin berkata kerajaan sentiasa memastikan masyarakat di seluruh pelosok negara mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya melalui pelbagai program termasuk sektor pertanian yang sinonim dengan rakyat di pedalaman.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu membela nasib rakyat dengan peruntukan yang besar tanpa mengira musim pilihan raya, tetapi bekerja sepanjang masa.
“Kita dipilih oleh rakyat maka kita bekerja untuk pastikan nasib dan masalah rakyat kita atasi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa pemimpin PPK dan ahli supaya sentiasa menjalankan tugas termasuk turun padang melihat dan mencari inovasi bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dari semasa ke semasa.
“Katanya perubahan perlu dalam semua sektor untuk mencari inovasi terhadap produk tani supaya mendapat tempat di pasaran dalam dan luar negara,” katanya.
Tajuddin juga menggesa belia luar bandar agar menceburi bidang pertanian dengan bersungguhsungguh.
Katanya kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bantuan bagi memajukan sektor pertanian termasuk skim pinjaman tani dan program latihan kepada petani oleh pihak Kementerian Pertanian.
Berkenaan majlis itu, beliau berkata ia adalah lawatan turun padang bagi mendekati sendiri dan mendapatkan maklumbalas serta mendengar masalah rakyat petani di luar bandar untuk dibantu.
Beliau menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan pihak pembangkang yang mahu membawa sentimen kebencian kepada kerajaan BN, semata-mata untuk capai agenda kecewa apabila hasrat tidak tercapai sewaktu dalam kerajaan.
“Ini bukan kepimpinan kita dalam BN, kita kerja tanpa ada cita-cita peribadi,” katanya.
Sempena majlis itu, Tajuddin menyampaikan replika cek bantuan pesawah bermusim dan menerima borang keahlian PPK daripada 50 belia serta menyerahkan 1,000 bibit durian musang king kepada PPK Nabawan.
PPK Nabawan meliputi keluasan 8,138.38 kilometer persegi, melibatkan 229 kampung dengan 26 unit peladang dan jumlah keahlian seramai 2,633 orang serta modal saham berbayar sebanyak RM129,865.
“Peruntukan itu telah memberi manfaat kepada 1,529 pesawah yang mengusahakan 1,897.66 hektar sawah dan pada masa sama bagi tanaman padi bukit, di mana seramai 2,512 orang telah mendapat manfaat dengan keluasan tanah yang diusahakan ” 2,648.43 hektar. DATO’ SRI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Turuthadir,AdunNabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan, Presiden Kehormat PPK Nabawan Senator Datuk Abdul Ghani Yassin, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Pengerusi PPK Nabawan Marutin Ansiung, Ketua Wanita Umno Pensiangan Datuk Zaiton Anik dan Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman.