Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu bijak menilai

Kerajaan beri peluang terlibat aktiviti sosial dan kemasyarak­atan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa menyediaka­n peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarak­atan yang boleh meningkatk­an potensi diri, membina kepimpinan serta jati diri masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, belia juga perlulah bersikap positif, berfikiran rasional serta bijak menilai agar tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang boleh merosakkan masa depan.

“Saya berharap pergerakan Komulakan Upko sentiasa bekerjasam­a dengan golongan belia dalam melaksanak­an program sosial, kemasyarak­atan serta kerohanian yang boleh menjana pembanguna­n rakyat di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017 dan Pibabasan Bamboo Musical Band Kadamaian anjuran Komulakan Upko, di sini pada Ahad.

Radin yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, Barisan Nasional (BN) negeri ini juga sentiasa komited untuk memberikan bantuan kewangan berjumlah lebih RM30 juta kepada badanbadan bukan Islam serta sekolah mubaligh di Sabah setiap tahun.

Katanya, ia membuktika­n pengiktira­fan dan sokongan kerajaan terhadap peranan badan-badan bukan Islam khasnya umat Kristian dalam pembanguna­n Sabah.

“Kemajuan negeri Sabah dan kesejahter­aan hidup kita haruslah sentiasa seiring dengan pembanguna­n kerohanian rakyat yang penting untuk melahirkan warganegar­a yang berakhlak baik dan bermoral.

“Kestabilan dan sokongan rakyat membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai program kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini dan di Sabah.

“Demikian juga dengan amalan perkongsia­n oleh kerajaan BN negeri Sabah yang sudah mengukuhka­n perpaduan kaum dan memastikan semua kaum turut serta dalam pembanguna­n di negeri ini,” jelasnya.

Mengulas program itu, beliau berkata inisiatif Komulakan Upko Kota Belud untuk menganjurk­an program itu amat baik kerana ia bukan sahaja meningkatk­an kesedaran rakyat berbilang kaum mengenai sambutan perayaan Krismas, tetapi juga menjadi landasan meningkatk­an iman rakyat yang beragama Kristian.

Selain itu katanya, ia dapat mempromosi­kan lagu rohani dan muzik tempatan, selain menjadi saluran meningkatk­an potensi karyawan seni tempatan dan mengasahba­katpenggub­ahan lagu-lagu rohani tempatan.

“Penerbitan lagu-lagu Krismas dan rohani dalam bahasa tempatan khususnya bahasa ibunda Kadazandus­un Murut juga amat baik

RADIN

“Kestabilan dan sokongan rakyat membolehka­nkerajaanm­elaksanaka­npelbagai program kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini dan di Sabah.

DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

(dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Radin.

bagi memperkemb­angkan bahasa ibunda berkenaan dan memartabat­kan lagi identiti kita di zaman moden ini. “Memandangk­an kebaikan program ini dalam mengembang­kan potensi serta mencungkil bakat para belia tempatan dalam industri seni, maka saya berharap ia dapat dilaksanak­an lagi pada masa-masa yang akan datang,” katanya.

Radin juga mengingatk­an komposer lagu-lagu tempatan agar sentiasa berusaha menggubah lagu yang bermutu tinggi di samping memelihara keaslian lirik dengan tatabahasa serta penggunaan ayat yang tepat dan sesuai.

Terdahulu, turut diadakan penjualan cakera padat yang menghimpun­kan lagu-lagu Krismas kepada pengunjung yang mana hasil jualan akan disalurkan kepada Badan Bencana Alam Kota Belud.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017 dan Pibabasan Bamboo Musical Band Kadamaian merangkap Ketua Exco Pergerakan Komulakan Upko Ewon Benedick, Pengarah Urusan ITCC Penampang Datin Sylvia Malakun dan Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Stanis Buandi.

 ??  ?? (empat kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017.
(empat kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017.
 ??  ?? EWON
EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia