Ronaldo pastikan Real julang trofi kelima
ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Gol dari tendangan percuma Cristiano Ronaldo dalam separuh masa keduamemastikanRealMadrid menjulang trofi kelima mereka tahun ini dengan menewaskan Gremio 1-0 dan mengekalkan kejuaraan Piala Dunia Kelab di sini Sabtu lepas.
Trofi ketiga dari empat tahun itu memastikan Real berkongsi status dengan seteru utama dalam La Liga Sepanyol, Barcelona sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah pertandingan ini dan menambah koleksi kejuaraan La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah (UEFA) dan Piala Super Sepanyol yang sudah dimenangi oleh anak buah Zinedine Zidane tahun ini.
Ronaldo sekali lagi pemain penting buat Real pada perlawanan besar ini selepas jaringan beliau lapan minit selepas rehat memastikan mereka juga menjadi juara kelab dunia buat tahun kelima berturut-turut.
“Kami mahukan kemenangan kerana Real Madrid tidak pernah memenangi lima trofi dalam satu tahun,” kata
(tengah) mejnjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan pasukannya menjuarai kejohanan Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi Sabtu lepas.
Ronaldo.
“Saya fikir kami bermain dengan sangat baik dan selayaknya menang.”
Ronaldo sudah menjaringkan 15 gol dari 20 penampilan untuk Madrid musim ini walaupun memulakan musim La Liga dengan agak perlahan.
“Jumlah gol bercakap bagi pihak saya,” tambah Ronaldo. “Saya memberi jawapan dengan apa yang berlaku dalam padang. Pasukan beraksi dengan hebat dan ia satu lagi kejuaraan dalam koleksi.”
Gareth Bale bermula di bangku simpanan walaupun menjaringkan gol pada sentuhan pertama ketika menentang Al Jazira pada hari Rabu untuk menempah tempat ke final dengan Zidane mengekalkan skuad yang sama yang diturunkan ketika Real menewaskan Juventus di final Liga Juara-Juara pada bulan Jun lepas. — AFP