BN terus rancang program pembangunan, kata Sairin
KENINGAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus merancang program pembangunan untuk membantu rakyat yang kurang mampu bagi meningkatkan taraf hidup dan keselesaan keluarga.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, melalui jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, pelbagai program bantuan disalurkan.
Antaranya adalah program baik pulih rumah yang menyasarkan kepada keluarga yang kurang mampu.
Beliau yang juga Adun Liawan berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan program baik pulih di Kampung Johan Jaya, Padang Tembak dan Linsosod pada Isnin.
Katanya, sebanyak 100 rumah dalam kawasan Parlimen Keningau terlibat dalam program itu.
“Pelaksanaan program baik pulihrumahinidibiayaiolehUnit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diselaraskan oleh pejabat daerah,” jelasnya.
Tambahnya, selain program baik pulih rumah yang disalurkan kepada ICU terdapat juga peruntukan yang disalurkan kepada Felcra dan Mara untuk membantu golongan yang kurang mampu.
Sempena lawatan itu, Sairin menyampaikan bahan makanan dan hamper kepada keluarga yang terlibat.
Sementara itu, salah seorang penerima bantuan program baik pulih rumah di Kg Linsosod, Irwin Taibin berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan program seumpama itu.
“Saya mewakili keluarga juga bererima kasih kepada wakil rakyat di kawasan ini Datuk Hj Sairin Hj Karno dan jabatanjabatan berkaitan yang turut terlibat dalam pelaksanaan program ini,” katanya.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Liawan Sahahif Jamil dan Penolong Pegawai Daerah Keningau (Pembangunan) Ahmad Shah Sunoh.