Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal digesa daftar dengan persatuan

-

KOTA KINABALU: Golongan ibu tunggal khususnya di negeri ini digesa untuk mendaftar dengan Persatuan Ibu Tunggal negeri bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah Datuk Rosimah Zakaria berkata, melalui persatuan berkenaan, ibu tunggal dapat berkongsi maklumat sesama sendiri dalam usaha memajukan diri dan ekonomi masing-masing.

Malah katanya, persatuan itu juga dapat memudahkan para ibu tunggal terlibat berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam menentukan hala tuju masing-masing supaya tidak terbelengg­u dengan masalah kemiskinan atau berasa rendah diri disebabkan kekurangan hidup.

“Setakat ini, 15 Parlimen PITKB telah diwujudkan dan saya minta manamana ibu tunggal yang belum menyertai persatuan ini supaya mendaftar dengan persatuan ini... difahamkan ramai lagi golongan berkenaan di negeri ini.

“Saya berharap ibu-ibu tunggal ini dapat mengambil inisiatif untuk berdaftar di bawah persatuan yang wujud demi kelangsung­an hidup masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Pertama Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah di sebuah hotel di Sembulan pada Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Hjh Pasang Apsin, Setiausaha Emma Ali, Bendahari Datuk Surinam Sadikun serta ahli jawatankua­sa persatuan itu.

Rosimah berkata melalui persatuan yang ada, ibu tunggal di negeri ini dapat bergiat dalam aktiviti yang dianjurkan serta mendapatka­n nasihat berhubung masalah yang dihadapi.

“Ibu tunggal mungkin boleh meminta bantuan atau khidmat nasihat dalam mencari penyelesai­an terhadap masalah atau kemelut yang harus didepani khususnya melibatkan kehidupan masing-masing,” katanya.

Dalam tahun ini, beberapa program akan diadakan untuk ibu tunggal menjana ekonomi keluarga mereka. Program itu antaranya adalah kursus membuat bun, kuih muih dan buat keropok lekor melalui peruntukan Jabatan Hal Ehwal

menyampaik­an geran untuk mengadakan aktiviti kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal di 15 kawasan Parlimen.

Wanita (JHEWA) Sabah.

Selain program peruntukan geran aktiviti yang diadakan di 15 kawasan parlimen, enam kawasan parlimen dan induk menerima peruntukan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Ia adalah bukti kerajaan Barisan Nasional prihatin membantu golongan ibu tunggal di negeri ini.

Sehingga kini, kawasan yang terdapat PITKB adalah di Parlimen Kudat, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Pensiangan, Silam, Tawau, Kinabatang­an dan Sandakan.

 ??  ?? ROSIMAH
ROSIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia