Utusan Borneo (Sabah)

Dua pendaki Puncak Pancang berjaya diselamatk­an

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui dua pendaki yang dikhuatiri sesat semasa menuruni Puncak Pancang, Bukit Batu Tinagat, Hutan Simpan Tinagat, Jalan Kau Sing dekat Batu 6 Jalan Apas, di sini, kira-kira jam 1.13 petang, Ahad.

Operasi SAR digerakkan susulan kedua-dua mangsa, Mohd Hasrul Huswali, 22, dan Mohamamad Amirul Mohd, 17, dilaporkan sesat di Hutan Simpan Tinagat terbabit.

Utusan Borneo yang turut berada di lokasi kejadian mendapati kedua-dua pendaki terbabit selamat tiba di kaki bukit bersama pasukan SAR pada kira-kira jam 2 petang.

Terdahulu, kedua-dua mangsa dikatakan berjalan kaki dari Flat PPR Taman Sri Apas, Batu 8 Jalan Apas pada jam 6.30 pagi bersama lima rakan mereka, sebelum terpisah.

Menurut bomba, kedua-dua mangsa terpisah dari lima rakan mereka akibat terlalu penat dan tidak dapat meneruskan perjalanan semasa menuruni bukit sebelum mengadu sesat.

Semasa ditemukan pasukan SAR bomba yang diketuai pegawainya, Rosli Suyut, keduadua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lesu dipercayai akibat mengalami dehidrasi.

Selain bomba, polis turut mengikuti operasi SAR berkenaan yang dijalankan selepas menerima panggilan awal mengenai kedua-dua mangsa terlibat pada jam 11. 25 pagi.

Utusan Borneo difahamkan, kedua-dua mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Tawau melalui ambulans untuk pemeriksaa­n lanjut selepas dinasihatk­an oleh doktor bertugas.

Salah seorang anggota SAR bomba yang mengikuti operasi mencari di Hutan Simpan Tinagat terbabit dilaporkan turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian kakinya.

Dalam operasi itu, pasukan bomba disertai seramai enam anggota manakala polis pula seramai 13 anggota dengan diketuai oleh Ketua Balai Polis Tawau Insp Rashid Mokhetar.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsusmeng­esahkan kedua-dua pendaki sudah berjaya diselamatk­an dan akan berkongsi fakta kes sebaik siasatan selesai dijalankan.

Untuk rekod, Puncak Pancang salah satu destinasi popular penggemar aktiviti mendaki di Tawau dan selalu menerima kehadiran jumlah besar pendaki pada setiap hujung minggu.

 ??  ?? HASRUL
HASRUL
 ??  ?? AMIRUL
AMIRUL
 ??  ?? RASHID (lima kanan) bertanyaka­n sesuatu kepada Mohammad Amirul dan Mohd Hasrul. Turut kelihatan, Rosli (tiga kiri).
RASHID (lima kanan) bertanyaka­n sesuatu kepada Mohammad Amirul dan Mohd Hasrul. Turut kelihatan, Rosli (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia