Utusan Borneo (Sabah)

Gotong-royong wadah interaksi pemimpin dan rakyat

Sapawi berjalan kaki menjelajah kampung, menaiki bot menyusur sungai

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PROGRAM gotong royong membersih Kampung Banting, Sipitang, pada Sabtu turut menjadi wadah interaksi pemimpin dengan masyarakat apabila Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad meluangkan masa hampir setengah hari di situ.

Seawal jam 7 pagi, beliau sudah tiba di padang Kg Banting ketika jawatankua­sa penganjur masih sibuk mengatur persediaan pelancaran program berkenaan.

Kesempatan itu membolehka­n beliau bersemuka dan beramah-mesra dengan penduduk dalam suasana santai.

Gotong royong itu juga menjadi seperti program `walkabout’ apabila Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berjalan kaki menjelajah ke seluruh kampung menyantuni penduduk, kemudian menaiki bot menyusuri Sungai Mengalong hingga ke hujung kampung dan kemudian turun berjalan kaki semula menuju ke padang acara.

Sepanjang perjalanan meninjau kampung, beliau bersama-sama agensi lain turut mengutip sampah-sarap sebagai sebahagian daripada usaha membersihk­an Kg Banting yang disahkan dijangkiti dua kes denggi barubaru ini.

Program membersihk­an kampung turut melibatkan Sungai Mengalong yang dikatakan antara lubuk popular kaki pancing udang galah di daerah Sipitang.

Enam bot disediakan untuk mengutip sampah di sepanjang sungai berkenaan. Sapawi menaiki salah sebuah daripada bot berk- enaan dan menyusuri hingga ke penghujung kampung.

Turut serta dalam program berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Matlin Dullah dan Pegawai Perhubunga­n Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah.

Ketika program berlangsun­g, sebuah kenderaan bergerak Jabatan Kesihatan turut mengelilin­gi kampung untuk memberikan hebahan menerusi alat pembesar suara mengenai langkah-langkah pencegahan denggi.

Gotong royong berkenaan turut disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kesihatan Daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hasilnya, sejumlah sampah-sarap dan tayar lama berjaya dikumpul dan dibawa lori Majlis Daerah Sipitang ke pusat pelupusan sampah.

Ketika ditemui pemberita selepas berakhirny­a program itu, Sapawi yang juga ketua Umno Bahagian Sipitang memuji usaha serius Pejabat

Daerah menjayakan­nya dalam usaha mendidik masyarakat menjadikan kesihatan sebagai satu budaya dalam kehidupan. Katanya, pembabitan masyarakat penting bagi menjaga keadaan persekitar­an sentiasa bersih, sekali gus terhindar daripada pelbagai penyakit berbahaya. Beliau berkata kerajaan menyediaka­n infrastruk­tur kesihatan yang baik termasuk melatih lebih ramai anak tempatan menyertai profesion kedoktoran, justeru penyertaan masyarakat juga amat penting dalam menjaga kesihatan. Katanya, Kg Banting dipilih sebagai lokasi simbolik gotong royong kali ini berikutan terdapat dua kes denggi dilaporkan di kampung berkenaan tahun ini, manakala tahun lepas dilaporkan terdapat 20 kes denggi.

“Kita perlu memberi penekanan dan kesedaran kepada masyarakat, nyamuk kecil tapi kesannya besar, malah boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan baik. Masyarakat perlu jaga kebersihan dan kesihatan, sekaligus mensifarka­n Aedes dalam masyarakat kita,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI mengangkat antara barangan lusuh sempena program itu.
SEBAHAGIAN sampah dan tayar yang berjaya dikutip dalam program itu untuk dilupuskan. NOTIS mengenai wabak denggi yang dipasang di Kg Banting.
SAPAWI mengangkat antara barangan lusuh sempena program itu. SEBAHAGIAN sampah dan tayar yang berjaya dikutip dalam program itu untuk dilupuskan. NOTIS mengenai wabak denggi yang dipasang di Kg Banting.
 ??  ?? SAPAWI menyantuni golongan wanita di Kg Banting , sambil bersama-sama `makan sireh, seulas pinang’ di beranda rumah seorang penduduk.
SAPAWI menyantuni golongan wanita di Kg Banting , sambil bersama-sama `makan sireh, seulas pinang’ di beranda rumah seorang penduduk.
 ??  ?? SAPAWI menaiki sebuah bot menyusur Sungai Mengalong untuk mengutip sampah sempena program gotong royong di Kg Banting.
SAPAWI menaiki sebuah bot menyusur Sungai Mengalong untuk mengutip sampah sempena program gotong royong di Kg Banting.
 ??  ?? SAPAWI bersama dengan wakil agensi kerajaan lain dalam program gotong royong itu.
SAPAWI bersama dengan wakil agensi kerajaan lain dalam program gotong royong itu.
 ??  ?? SAPAWI ditemurama­h sempena program berkenaan.
SAPAWI ditemurama­h sempena program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia