Utusan Borneo (Sabah)

Penghayata­n keindahan Islam

Kerajaan galak penganjura­n aktiviti kesenian Islam

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Kerajaan sentiasa menggalakk­an supaya kesenian berunsurka­n Islam terus disuburkan aktivitiny­a dalam kalangan masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar melalui penglibata­n agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, selain dapat mendekatka­n hubungan kerajaan dan rakyat, aktiviti kesenian juga membolehka­n mesej dan wawasan kerajaan dapat disampaika­n kepada rakyat.

“Ini juga selaras dengan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh kerajaan baik dalam struktur pemerintah­an mahupun dalam kehidupan seharian masyarakat,” katanya ketika merasmikan penutupan Malam Kesenian Islam Masjid Nur Al Jannah Kampung Petagas, di sini pada Sabtu.

Yahya yang juga Adun Petagas berkata, Islam tidak melarang umatnya melibatkan diri dalam bidang kesenian asalkan ia mengikut garis panduan yang tidak bertentang­an dengan ajaran Islam.

Katanya, kesenian yang dianjurkan oleh Islam adalah berpaksi untuk mengagungk­an kebesaran pencipta dan mengajak semua umatnya menghayati keindahan Islam itu sendiri.

“Jadi, saya merasa bangga kerana dengan hasil usaha ini berjaya menonjolka­n bakatbakat yang boleh digilap ke peringkat yang lebih tinggi, di samping menggerakk­an serta merangsang aktiviti kesenian Islam dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan Petagas ini.

“Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan setiap tahun dengan melibatkan semua peringkat usia dan lapisan masyarakat supaya matlamat untuk melahirkan generasi serta masyarakat Islam yang berilmu, kreatif dan boleh menyumbang idea kepada kemajuan bangsa, agama serta tanah air tercapai,” jelasnya.

Beliau juga mengingatk­an umat Islam supaya tidak goyah mahupun terikutiku­t budaya luar sehingga mengagungk­an budaya itu berbanding budaya sendiri.

Terdahulu, pengisian program malam kesenian Islam termasukla­h pertanding­an bercerita,

“Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan setiap tahun dengan melibatkan semua peringkat usia dan lapisan masyarakat supaya matlamat untuk melahirkan generasi serta masyarakat Islam yang berilmu, kreatif dan boleh menyumbang idea kepada kemajuan bangsa, agama serta ” tanah air tercapai. DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan

pertanding­an Tilawah Al-Quran, pertanding­an bacaan surah al-Fatihah, dan pertanding­an melaungkan azan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Putatan Datuk Arsid Sedi, Penaung Masjid Nur Al Jannah Kampung Petagas Datuk Salsidu Ibrahim dan Pengerusi Masjid Amiluddin Majin.

 ??  ?? YAHYA (tengah) menyampaik­an cenderahat­i Jasamu Dikenang kepada salah seorang penerima.
YAHYA (tengah) menyampaik­an cenderahat­i Jasamu Dikenang kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia