Utusan Borneo (Sabah)

Dekati rakyat antara prinsip kemenangan BN pada PRU-14

-

TAWAU: Prinsip pendekatan turun padang akan membawa Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pembantu Menteri Permbangun­an Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata prinsip itu ialah pemimpin masyarakat bersama-sama wakil rakyat turun padang mendekati rakyat dan memastikan bantuan disalurkan ke peringkat akar umbi.

“Kalau mereka miskin dan susah, tolong mereka. Jangan kita pilih bangsa, agama...tolong semua. Realitinya buangkan urusan biasa, realitinya buangkanla­h keselesaan kita...berikan bantuan kepada yang benarbenar memerlukan.

“Banyak manapun parti baharu yang ditubuhkan, Insya-Allah Umno dan BN akan cemerlang semula untuk memerintah di negeri Sabah ini khususnya di daerah Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Turun Padang meninjau sendiri keadaan rakyat yang memerlukan bantuan di DUN Tanjong Batu dalam Parlimen Kalabakan pada Sabtu.

Beliau meminta pemimpin masyarakat peringkat kampung mengambil lebih banyak pendekatan untuk menarik jiwa dan hati pengundi untuk kembali kepada perjuangan Umno dan BN.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata Umno dan kerajaan BN mendekati rakyat secara berterusan berbeza dengan pembangkan­g yang hanya turun padang menemui rakyat secara bermusim.

“Parti Umno yang merupakan tunjang kepada kerajaan BN telah membantu rakyat dalam pelbagai perkara.

“Sikap prihatin pemimpin BN dan Umno membela nasib rakyat adalah teras perjuangan partiyangm­emerintahk­erajaan sejak mencapai kemerdekaa­n dan ia hendaklah dikekalkan,” jelasnya.

Katanya melalui program turun padang lebih kerap dapat menangani masalah rakyat di kawasan masing-masing.

“Amalan sedemikian memberi kesan positif sekali gus menaikkan imej kerajaan dan pemimpin dalam kalangan rakyat. Masalah rakyat seperti kemiskinan atau pembanguna­n setempat dapat diatasi sekiranya pendekatan sedemikian digunakan.

“Lebih cepat kita dapat mengatasi masalah rakyat maka lebih mudah kerajaan BN dapat melaksanak­an pembanguna­n secara efisien,” katanya.

Dalam program turun padang wakil rakyat bersama Unit PPM DUN Tanjong Batu, Hamisa telah menghulurk­an sumbangan makanan KFC dan Pizza kepada anakanak keluarga yang kurang berkemampu­an di Kampung Kuala Merotai. Beliau juga menziarahi orang kampung yangmening­galselainm­eninjau keadaan perkampung­an di Kuala Merotai.

Terdahulu, beliau mempernger­usikan Mesyuarat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (PLKPIM) cawangan Tawau di sebuah hotel di sini.

 ??  ?? HAMISA turun padang meninjau permasalah­an di kawasan DUN Tanjong Batu.
HAMISA turun padang meninjau permasalah­an di kawasan DUN Tanjong Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia