Utusan Borneo (Sabah)

217 pelajar terima dana pendidikan LDP

-

KOTA KINABALU: Seramai 217 pelajar dari kawasan pantai barat menerima dana pendidikan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).

Setiausaha Agung LDP Datuk Ir Yong Wui Chung berkata, para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM120 seorang.

“Parti ini menyampaik­an dana pendidikan kepada pelajar yang layak setiap tahun bagi meringanka­n beban keluarga mereka dan juga untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk bekerja lebih keras dalam pelajaran mereka.

“Sejak dari 1996 sehingga 2017, lebih daripada RM1 juta telah diedarkan kepada para murid dan pelajar yang terdiri daripada anak-anak ahli kita,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Dana Pendidikan LDP Cawangan Pantai Barat, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, untuk tahun 2018, sebanyak 31 daerah yang melibatkan seramai 611 murid dan pelajar telah menerima bantuan itu.

Selain itu katanya, sejak Presiden LDP Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang menjawat Menteri Tugas-Tugas Khas, beliau sentiasa prihatin dan bertanggun­gjawab terhadap penyerahan bantuan dana pendidikan daripada kerajaan negeri kepada sekolahsek­olah berkaitan di sini.

“Bantuan dana berkenaan pula sangat diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menaik taraf fasiliti masingmasi­ng,” katanya.

Dalam pada itu, Yong turut menasihati para murid dan pelajar agar sentiasa menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Anda semua perlu kurangkan bermain telefon pintar kerana ia mampu merosakkan kesihatan mata seterusnya menjejaska­n pelajaran,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden LDP Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang serta barisan kepimpinan LDP yang lain. - Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ?? TEO (empat kiri) menyerahka­n dana pendidikan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Yong (tiga kiri).
TEO (empat kiri) menyerahka­n dana pendidikan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Yong (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia