Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Beluran siap siaga hadapi PRU-14

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beluran bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan menggerakk­an jentera bagi mendekati pengundi muda.

Ketuanya Julie Sabran berkata setiap ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah melantik 30 Jalinan Rakyat (JR) Plus yang digerakkan bagi menjejaki pengundi muda dalam usaha menarik sokongan dan mendekati mereka.

“Mereka ini (JR Plus) akan bergerak menjejaki dan berjumpa serta menyantuni pengundi muda dari rumah ke rumah.

“Selain itu, Puteri juga akan mengadakan program bersama belia bagi mendekati merekadeng­anmenggala­kkan penglibata­n belia secara langsung dalam program diadakan,” katanya.

Julie yang juga Exco Puteri Umno Malaysia berkata demikian pada Mesyuarat Puteri Umno Bahagian Beluran dan Perjumpaan Ketua-ketua PDM JR Plus Puteri Parlimen Beluran (DUN Labuk), di sini.

Beliau juga menyeru ketua-ketua PDM agar meningkatk­an usaha bagi menarik pengundi muda khususnya di kawasan pedalaman.

“Pemimpin muda amat diperlukan dalam PRU14 sebagai menyahut Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Dalam pada itu, Julie berkata Puteri Beluran akan terus bersama-sama kepimpinan Umno bahagian selaku pengerusi penyelaras Barisan Nasional (BN) beluran bagi kemenangan BN pada PRU-14.

“Puteri Beluran juga sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti dan Ketua Menteri Tan Sri Musa HajiAmanya­ngjugapeng­erusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah,” katanya.

 ??  ?? JULIE (tengah) semasa mesyuarat Puteri Umno Bahagian Beluran.
JULIE (tengah) semasa mesyuarat Puteri Umno Bahagian Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia