Utusan Borneo (Sabah)

BN mampu menang dua pertiga

- Oleh ABDUL NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu memperoleh­i kemenangan lebih dua pertiga dalam Pilihanray­a Umum (PRU) ke14 berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n oleh kerajaan dalam pelbagai program untuk kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat.

Mantan Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Sepanggar, Haji Duman Tukimin berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman terbukti amat prihatin dalam membela nasib rakyat dan sentiasa mengutamak­an kebajikan rakyat melalui pelbagai skim yang diperkenal­kan oleh kerajaan.

Beliau yakin BN akan mencatat kemenangan yang lebih besar kali ini kerana rakyat makin sedar mengenai keikhlasan kerajaan BN dalam membawa pembanguna­n.

“Kita bukan angkat bakul tetapi terbukti bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman mampu mentadbir Sabah dengan begitu cemerlang dari sudut pembanguna­n dan kebajikan rakyat.

“Tiada siapa yang boleh menafikan kecemerlan­gan Musa dalam menerajui kerajaan negeri sehingga mampu mencatatka­n rezab lebih RM3.2 bilion,” katanya sambil menambah, rakyat pasti memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN .

“Lagipula golongan pembangkan­g khususnya Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan PBPM sentiasa bergolak dan tidak menunjukka­n kerjasama yang jitu,” katanya sambil menambah, pembangkan­g asyik berbalah sesama sendiri dan tidak mampu meyakinkan rakyat kerana mereka sendiri masih kucar kacir.

Di Sabah pula, terdapat be- berapa buah parti pembangkan­g seperti Warisan, Gabungan Sabah yang terdiri STAR, SAPP, PPRS dan yang tidak mampu menyaingi kekuatan BN dalam pilihanray­a akan datang.

Menurutnya, parti-parti pembangkan­g masing-masing akan meletakkan calon dalam PRU ke-14 dan sudah pasti berlaku pertembung­an beberapa penjuru.

“Jika keadaan itu berlaku ia memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencatatka­n rekod kemenangan yang cemerlang dalam pilihanray­a akan datang.

Bagaimanap­un Haji Duman berkata, generasi muda yang berwibawa, berpendidi­kan haruslah diberi peluang untuk bertanding dalam pilihanray­a akan datang manakala penyandang yang sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat haruslah memberi laluan untuk memastikan sokongan kepada BN sentiasa berterusan.

“Kita harap lebih ramai pemimpin-pemimpin baru dari kalangan generasi muda ditampilka­n PRU ke-14,” katanya.

Beliau mengulangi keyakinann­ya bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencatatka­n kemenangan lebih dua pertiga dalam PRU ke-14 akan datang.

 ??  ?? DUMAN
DUMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia