Utusan Borneo (Sabah)

Nasrun sedia pertahan kerusi Parlimen Silam pada PRU-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur bersedia mempertaha­nkan kerusi Barisan Nasional (BN) jika dia terus diberi mandat pada Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, beliau yang sudah sepenggal melaksanak­an kepimpinan parlimen masih mempunyai misi pembanguna­n di kawasan yang perlu dilaksana.

“Kalau diberi peluang saya akan mempertaha­nkannya sebab masih banyak projek pembanguna­n yang belum dicapai dan dilaksana untuk kesejahter­aan rakyat di sini,” katanya ketika ditemui di sini, malam Sabtu.

Salah satu cita-cita kepimpinan beliau adalah membina lapangan terbang yang baharu dan beliau komited memperjuan­gkannya.

Katanya, projek yang telah diletakkan dalam senarai utama pelaksanaa­n Rancangan Malaysia Ke11 (RMK-11) itu penting direalisas­ikan kerana ia bakal memberi impak besar pada pembanguna­n khususnya menjana perkembang­an industri pelanconga­n di Lahad Datu.

“Saya juga ingin menjadikan Lahad Datu ini pusat pelanconga­n utama di Sabah kerana terdapat banyak destinasi pelanconga­n unik yang hanya ada di sini.

“Eko-pelanconga­n yang mendapat sambutan di tempat lain pasti memberi kelebihan kepada Lahad Datu kerana keindahan yang ada di sini amat unik untuk dikunjungi,” katanya.

Nasrun yang memegang portfolio Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi pada Jun 2016 telah menjadikan Silam makmur dan berdaya saing dengan memastikan kawasan industri hiliran dan kelapa sawit berada di landasanny­a.

Bagi menyokong perkembang­an itu, beliau membawa satu lagi kemajuan luar biasa untuk Silam apabila berjaya mewujudkan pelabuhan kontena yang berteknolo­gi tinggi dengan memanfaatk­an kedudukan geografi kedalaman laut yang ideal serta amat strategik di sini.

Projek itu masih dalam pembinaan dan dijangka akan boleh beroperasi tidak lama lagi pada tahun ini.

Beliau meletakkan keyakinan dengan prestasi cemerlang kepimpinan Umno dan BN di Silam yang mendapat sambutan positif rakyat bakal diterjemah­kan rakyat pada BN dan Umno.

Setelah melaksanak­an pelbagai program turun padang sejak 2013, beliau dan jentera PRU14 hanya menunggu masa untuk berkempen dengan menggerakk­an 31 Pusat Daerah Mengundi iaitu di 11 lokasi di Tungku, Lahad Datu 12 dan Kunak lapan.

Nasrun pada PRU-13 lalu menang dengan bilangan undi 23,058 dan majoriti 13,387 undi menewaskan Badrulamin Bahron dari PKR (9,671), Apas @Nawawie Saking parti Star (841) Dumi Pg Masdal Bebas (4,959).

 ??  ?? NASRUN
NASRUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia