Utusan Borneo (Sabah)

Yahya serah keputusan kepada pucuk pimpinan

-

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyerahka­n keputusan kepada pucuk pimpinan Umno menentukan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas pada PRU-14.

“Kita tidak persoalkan siapa juga calon. Apa yang penting kita akan terus bekerja tanpa mengambil kira siapa juga yang akan dicalonkan nanti,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan terus kekal sebagai calon bagi DUN Petagas yang dimenangin­ya dengan majoriti besar pada PRU-13.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Daerah Mengundi Sailan, di sini pada Sabtu.

Mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Junz Wong tentang 13 kerusi tambahan baharu yang boleh terbatal jika tidak diwartakan menjelang PRU-14, Yahya berkata biarlah pihak berkaitan yang memutuskan perkara itu.

“Terpulang kepada pihak berkaitan. Bukan Junz yang harus ‘interpret’ (terjemah) undang-undang kerana dia bukan hakim. Jadi, biarlah pihak berkait anyang membuat keputusan itu.

“Kita hanya boleh menunggu petanda sahaja. Jika ia lulus maka luluslah. Jika tidak, tidaklah.

“A payang penting sekarang, kita memberi fokus kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja,” jelasnya.

Junz sebelum ini dipetik berkata tiada alasan untuk Parlimen tidak meluluskan 13 kerusi tambahan itu kerana Dewan Undangan Negeri Sabah sudah pun meluluskan penambahan kerusi baharu berkenaan.

Katanya sehingga hari ini tiada keputusan daripada Parlimen mengenai perkara 13 kerusi baharu itu.

Penambahan 13 kerusi baharu di Sabah itu diluluskan DUN Sabah pada Ogos 2016. Tambahan kerusi itu melibatkan Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Sungai Manila, Telupid, Lamag, Segama dan Kukusanu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Putatan Arsit Sedi berkata Umno Putatan yakin mampu mengekalka­n kemenangan di daerah itu.

Katanya mereka akan memastikan pengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan itu turun mengundi.

“Kita sudah mengenalpa­sti 20,628 pengundi bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sailan. Jadi, kita akan pastikan mereka ini turun mengundi,” katanya.

Beliau selaku Ketua Daerah Mengundi Sailan mengingatk­an pengundi di kawasan Putatan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkan­g yang disebarkan melalui laman media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia