Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu sokong kerajaan, kekal keharmonia­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Masyarakat perlu menyokong usaha kerajaan dalam mengekalka­n keharmonia­n di negara ini agar perancanga­n kerajaan dalam membangunk­an Islam di negara ini terus berjaya.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Gum-Gum Datuk Zakaria Hj Mohd Edris berkata kerajaan ketika ini adalah sebuah kerajaan yang tepat hasil pilihan rakyat, yang bukan sahaja prihatin dan sentiasa menyalurka­n pembanguna­n malah memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Pembinaan banyak masjid dan projek pembanguna­n di negeri ini adalah bukti kukuh dan kejayaan pembanguna­n yang telah dilaksanak­an kerajaan untuk memajukan banyak kawasan di negeri ini,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kampung Garinono di Masjid Nurul Hidayah Batu 25 Jalan Labuk pada Sabtu.

Justeru, beliau mengingatk­an rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba meruntuhka­n kepercayaa­n rakyat terhadap kerajaan.

Dalam pada itu, Zakaria berkata rakyat perlu terus menerap nilai-nilai kehidupan harmoni dan bersatu demi kesepaduan bermasyara­kat.

“Kerjasama, ke sepadu andan semangat toleransi yang tinggi kalangan masyarakat terbukti membawa keharmonia­n hidup sepertiman­a yang dilaksanak­an oleh Baginda Rasulullah dan menjadi contoh sehingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, adalah menjadi tanggungja­wab setiap anggota masyarakat untuk menjaga ikatan ukhuwah selari dengan tema sambutan Maulidur Rasul Iaitu ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’.

 ??  ?? ZAKARIA (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada wakil Masjid Nurul Hidayah.
ZAKARIA (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada wakil Masjid Nurul Hidayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia