Utusan Borneo (Sabah)

Badudun kaedah terbaik dekati rakyat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Pertemuan bersemuka dalam keadaan santai antara masyarakat dan wakil rakyat merupakan kaedah terbaik bagi mendengar keluhan rakyat di peringkat akar umbi.

Wartawan Utusan Borneo yang turut bersama rombongan pegawai-pegawai Pejabat Khidmat Ahli Parlimen (PKAP) Beaufort pada Ahad mendapati Program Badudun (ziarah) yang dilaksanak­an memberi kesan amat positif.

Selain berpeluang ‘bertentang mata’ dengan wakil rakyat tanpa sebarang protokol, setiap penduduk yang hadir turut berpeluang menyampaik­an hasrat yang terbuku di hati mengenai keperluan mahupun masalah di kampung secara terus kepada pemimpin.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika ditemui memberitah­u kunjungan beliau kali ini lebih ‘seronok’ dan ‘mesra’ kerana berpeluang mendekati rakyat dengan lebih dekat.

Katanya, ketika badudun beliau dapat mendengar secara sendiri apa yang ingin dikemukaka­n rakyat tanpa perlu melalui orang tengah yang kemungkina­n mengambil masa untuk sampai ke pengetahua­nnya.

“Saya mengamalka­n pendekatan ini sejak sekian lama kerana saya percaya ini adalah cara yang paling terbaik. Setiap kali badudun, saya boleh katakan bahawa pertemuan ini adalah seperti keluarga kerana kemesraan itu amat erat sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Program Badudun di Kampung Mansud, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, ketika badudun ramai golongan muda yang terlibat turut berpeluang menyampaik­an pandangan mereka terhadap negara yang dapat menyumbang kepada di masa hadapan Malaysia.

Katanya, sebarang cadangan yang dilontarka­n masyarakat tidak kira usia akan diambil maklum selari dengan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Selain itu, sekiranya terdapat kekeliruan rakyat mengenai beberapa isu, beliau dapat berkongsi maklumat yang sahih terus kepada rakyat sekaligus menangkis fitnah pihak tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ?? AZIZAH beramah mesra dengan salah seorang penduduk yang hadir pada program itu.
AZIZAH beramah mesra dengan salah seorang penduduk yang hadir pada program itu.
 ??  ?? AZIZAH berbual dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada program itu.
AZIZAH berbual dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada program itu.
 ??  ?? AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita.
AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia