Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam digesa tolak fahaman ekstrimis

Gesaan kepada umat Islam di luar bandar

- Oleh YUSOP TEPPO

Jangan kita terikut-ikut dengan fahaman ekstrimis Islam dari luar yang hanya merosakkan akidah serta menjejaska­n agama Islam itu sendiri, sedangkan agama Islam itu mengajar kita erti kehidupan aman damai dan menghormat­i sesama manusia.

KOLONEL (K) DATO’ JUHARI JANAN

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas)

UMAT Islam di kawasan luar bandar digesa menolak fahaman ekstrimis Islam dari luar yang dilihat telah merosakkan akidah Islam masa kini.

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan berkata, masyarakat Islam di luar bandar perlu mencontohi sejarah kehidupan Rasulullah pada masa lalu kerana ia bukan sahaja boleh meneruskan kelangsung­an kecemerlan­gan Islam malah membolehka­n masyarakat Islam hidup dalam suasana harmoni dan aman sehingga ke akhir zaman.

Sehubungan itu, katanya masyarakat Islam luar bandar perlu menjadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian agar dapat mengekalka­n kesucian dan memperkuku­hkan Islam sampai bila-bila.

“Jangan kita terikut-ikut dengan fahaman ekstrimis Islam dari luar yang hanya merosakkan akidah serta menjejaska­n agama Islam itu sendiri, sedangkan agama Islam itu mengajar kita erti kehidupan aman damai dan menghormat­i sesama manusia,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tongod di Dewan Terbuka Dataran Tongod, Kinabatang­an pada Sabtu.

Dalam pada itu, Juhari yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri mengingatk­an ibu bapa agar tidak sematamata menitikber­atkan pendidikan akademik kepada anak-anak sebaliknya menjadikan pendidikan agama sebagai asas dalam melahirkan modal insan berkualiti.

Katanya, melalui sekolah agama yang banyak diwujudkan kerajaan, peluang mendapatka­n pendidikan agama kini lebih meluas dan tidak hanya bergantung kepada pengajaran pendidikan Islam di sekolah biasa.

Beliau meminta Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tongod mengemukak­an permohonan kepada kerajaan bagi mewujudkan sekolah agama rakyat di kawasan ini agar anakanak beragama Islam dapat mendalami ilmu agama sebenar.

“Kewujudan sekolah agama ini juga akan mampu menghindar­i anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial terutamany­a penagihan dadah dan jenayah-jenayah lain,” katanya.

Juhari memberitah­u sebuah sekolah agama rakyat telah diwujudkan di Kampung Suan Lamba yang bakal siap dan beroperasi dalam bulan Februari ini.

“Niat kita dan usaha ini adalah untuk masa depan anak-anak beragama Islam agar mempunyai ilmu agama dan memahami ajaran Islam sebenar. Kita akan usaha lagi untuk wujudkan lebih banyak sekolah agama seperti ini di kawasan Kinabatang­an,” katanya.

Pada majlis itu menyaksika­n Imam Kariah Kampung Keramuak Haji Masdin Awang diumumkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tongod sementara Kampung Tongod dan Kafa Daerah Tongod dinobatkan sebagai johan kontinjen terbaik dan sepanduk terbaik.

Manakala, qari Muhamad Al Qansar dan qariah Nornatisah Tajimon akan mewakili Daerah Tongod ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri.

Terdahulu, kira-kira 1,000 masyarakat Islam sekitar daerah Tongod membawa sepanduk sambil melaungkan selawat nabi menyertai perarakan sejauh kira-kira 1 kilometer bermula dari Masjid Daerah Tongod ke Dataran Terbuka Tongod.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tongod yang juga Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tongod Haji Abdullah Tuah dan Ketua Balai Polis Daerah Tongod merangkap Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tongod Rosman Rosdin.

 ??  ??
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an hadiah kepada wakil Tongod yang dinobatkan sebagai kontinjen terbaik.
JUHARI menyampaik­an hadiah kepada wakil Tongod yang dinobatkan sebagai kontinjen terbaik.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an hadiah kepada Muhamad yang memenangi Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tongod.
JUHARI menyampaik­an hadiah kepada Muhamad yang memenangi Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tongod.
 ??  ?? MASDIN menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tongod yang disampaika­n oleh Juhari.
MASDIN menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tongod yang disampaika­n oleh Juhari.
 ??  ?? JUHARI bersama Abdullah dan Rosman serta pemimpin kawasan itu mendahului perarakan sambutan Maulidur Rasul.
JUHARI bersama Abdullah dan Rosman serta pemimpin kawasan itu mendahului perarakan sambutan Maulidur Rasul.
 ??  ?? ABDULLAH menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
ABDULLAH menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia