Utusan Borneo (Sabah)

Suami pukul isteri sehingga mati

Gara-gara syak wasangka

-

TAIPING: Hanya kerana syak wasangka, seorang suami nekad memukul isterinya sehingga meninggal dunia dalam satu kejadian di Matang dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata mangsa Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira- kira 9.30 malam Sabtu.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 11 malam hari Khamis. Keesokanny­a kira-kira 9.15 pagi seorang lelaki berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitah­u dia telah memukul isterinya.

Isterinya cedera lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Mohamad berkata bedah siasat yang dilakukan oleh pihak HRPB pada Ahad mendapati kematian mangsa adalah disebabkan oleh trauma tumpul.

Beliau berkata suami mangsa telah ditangkap dan pihak polis telah mendapatka­n perintah reman tiga hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

“Pihakpolis­akanmemoho­n lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok (hari ini) untuk siasatan lanjut kes yang direklasif­ikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Punca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain,” katanya.

Mohamad berkata suami isteri itu mempunyai empat orang anak berumur lima hingga 15 tahun. - Bernama

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 11 malam hari Khamis. Keesokanny­a kira-kira 9.15 pagi seorang lelaki berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitah­u dia telah memukul ” isterinya. ACP MOHAMAD TAIB Ketua Polis Daerah Taiping

 ?? - Gambar BERNAMA ?? CUACA SEJUK: Kelihatan masyarakat setempat menjalani aktiviti mereka seperti biasa dan ramai yang lebih selesa memakai jaket dan baju sejuk di sebuah pasar tani pagi Ahad. Menurut Jabatan Meteorolog­i Kedah suhu di Kedah dijangka sekitar 20 hingga 32...
- Gambar BERNAMA CUACA SEJUK: Kelihatan masyarakat setempat menjalani aktiviti mereka seperti biasa dan ramai yang lebih selesa memakai jaket dan baju sejuk di sebuah pasar tani pagi Ahad. Menurut Jabatan Meteorolog­i Kedah suhu di Kedah dijangka sekitar 20 hingga 32...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia