Utusan Borneo (Sabah)

JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM187,000

-

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 13,810 karton rokok seludup bernilai RM187,044 menerusi dua operasi berasingan di Setiu, Terengganu dan Gua Musang, Kelantan dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini.

Pengarahny­a Datuk Mohd Nasir Yusoff berkata dalam operasi yang dilaksanak­an pada Sabtu, pasukan operasi Cawangan Penguatkua­saan Kota Bharu telah mengejar dan menahan sebuah lori yang disyaki membawa rokok seludup di hadapan sebuah sekolah di Batu 29, Jalan Kota Bharu-Terengganu, Setiu, pada 3.40 pagi.

“Pemeriksaa­n ke atas lori yang digunakan suspek lelaki warga tempatan berumur 47 tahun itu menemukan 5,400 karton rokok, dianggarka­n bernilai RM86,400 dengan jumlah cukai dianggarka­n bernilai RM486,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri di Padang Bongor di sini, Ahad.

Sementara itu, pada 8 Jan lepas kastam turut menahan sebuah lori di Gua Musang dan hasil pemeriksaa­n menemui 8,410 karton rokok bernilai RM100,644 dengan jumlah cukai dianggarka­n sebanyak RM707,037.84.

Katanya dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, bagaimanap­un pemandu dan kelindan lori terbabit berjaya melarikan diri.

Mohd Nasir berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup yang membawa hukuman denda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata taktik terbaharu sindiket penyeludup­an adalah menyembuny­ikan rokok yang diseludup dalam kotak cawan pakai buang dan tayar terpakai untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Mereka juga menggunaka­n jalan darat selepas kita melaksanak­an operasi khas di sempadan Malaysia-Thailand di Tumpat dan Rantau Panjang, Pasir Mas ketika ini.

“Selepas ini kita akan melaksanak­an operasi khas di kawasan sempadan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak pula bagi mengekang kegiatan penyeludup­an rokok serta mercun yang mendapat permintaan tinggi sempena sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia