Utusan Borneo (Sabah)

Program robotik Malaysia-Belgium platform cungkil bakat

-

ALOR SETAR: Program Pertukaran Robotik Antarabang­sa MalaysiaBe­lgium boleh menjadi platform untuk mencungkil bakat generasi muda dalam teknologi baharu robotik.

Penganjur program Luthffi Idzhar Ismail, 31, berkata program itu dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu robotik selain membantu membangun daya kreativiti dan inovasi mereka.

“Melalui program ini, saya dan dua pengajar daripada Fakulti Kejurutera­an, Ghent Universiti, Belgium akan berkongsi ilmu robotik bersama pelajarmel­aluibengke­linterakti­f yang akan dikendalik­an, di samping memperluas­kan ilmu pengetahua­n dalam bidang robotik.

“Sebelum ini, program sama telah diadakan di beberapa negara antaranya India dan Argentina. Jadi di Malaysia, ini merupakan projek perintis dan selepas ini kita ingin kembangkan lagi program ini di seluruh Kedah serta semua negeri,” katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abd Aziz dan 40 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkong, Simpang Empat, di sini terlibat dalam program empat hari itu diajar perkara asas robotik menggunaka­n perisian ‘Dwengo’ dari Belgium.

Luthffi Idzhar yang juga penuntut Doktor Falsafah (PhD), Fakulti Kejurutera­an di Ghent Universiti, Belgium dan tenaga akademik muda di Fakulti Kejurutera­an, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata dia melihat program ini dapat membantu memperkemb­angkan lagi bidang robotik di Malaysia.

“Saya tengok bidang robotik di negara luar hebat. Kita sebenarnya ada kemudahan, cuma kekurangan pengetahua­n dalam bidang ini. Sudah sampai masanya kita guna kreativiti dan idea untuk mencipta robot dan perisian sendiri,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia