Utusan Borneo (Sabah)

Wanita kena tingkat kemahiran jana pendapatan

-

GOLONGAN wanita terutama ibu tunggal dan suri rumah diminta memanfaatk­an peluang dan menguasai pelbagai kemahiran serta ilmu pengetahua­n, khususnya kursus membuat bun.

Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Datuk Rosimah Zakaria dengan memiliki kemahiran itu mereka akan lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Beliau berkata penguasaan pelbagai kemahiran itu juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an kualiti modal insan sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi negara.

“Saya meminta wanita terutama ibu tunggal dan suri rumah memanfaatk­an segala peluang mengikuti latihan kemahiran untuk meningkatk­an taraf kehidupan harian mereka.

“Apabila mereka mempunyai ilmu dan kemahiran, ia akan memberi kelebihan kerana boleh menghasilk­an banyak idea baharu yang kreatif seterusnya dapat memasarkan produk kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Mmebuat Bun di House of Bakeology Plaza Grand Millenium Penampang pada Ahad.

Seramai 51 orang menyertai kursus dan menerima sijil kemahiran mereka. Program itu merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen Kota Kinabalu bersama pergerakan Wanita Umno Kota Kinabalu.

Rosimah yang pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah berkata kejayaan dalam bidang perniagaan mampu dicapai sekiranya kaum bumiputera mengetepik­an sikap malu dan rasa rendah diri.

“Kejayaan tidak akan mampu dicapai jika sikap rendah diri dan malu masih menebal kerana ia adalah salah satu punca kegagalan bumiputera dalam bidang perniagaan sebelum ini.

“Perniagaan merupakan bidang yang mampu memberikan pulangan lumayan dan tidak perlu diragukan,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa menggalakk­an kaum bumiputera menceburi bidang perniagaan dan sentiasa memberikan bantuan.

“Kita berharap peserta kursus ini akan menggunaka­n sepenuhnya pengalaman, pengetahua­n dan kemahiran yang diperoleh,” katanya.

Beliau turut menggesa agar kaum wanita memanfaatk­an bantuan kerajaan untuk membantu ekonomi keluarga.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi peluang dan galakan untuk membantu kaum wanita dalam meningkatk­an ekonomi keluarga kerana tugas wanita hari ini bukan sekadar ibu yang tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa.

“Kaum wanita sekarang rajin berusaha, rajin berkursus, rajin mengikuti seminar dan ceramah kerana kerajaan menyediaka­n pelbagai peluang termasukla­h bantuan kewangan dan pinjaman serta golongan wanita hari ini mempunyai rekod baik dalam membayar pinjaman,” katanya.

 ??  ?? PESERTA kursus gembira sambil mempamerka­n sijil masing-masing.
PESERTA kursus gembira sambil mempamerka­n sijil masing-masing.
 ??  ?? PARA peserta diajar cara-cara membuat bun.
PARA peserta diajar cara-cara membuat bun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia