Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran RM1.5 juta bantu 23 sekolah persendiri­an Cina

KTS, STIHL anjur tujuh program Cuci Kereta Amal sebagai CSR bantu sekolah Cina di luar bandar Sarawak, Sabah

-

KUCHING: Kumpulan Syarikat KTS dan STIHL akan menganjurk­an tujuh program Cuci Kereta Amal untuk mengutip sejumlah RM1.5 juta bagi membantu 23 sekolah persendiri­an Cinadikawa­sanluarban­dar Sarawak dan Sabah.

Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau berkata program itu diadakan sempena ulang tahun ke50 kolaborati­f KTS dan STIHL sejak 1968 yang turut menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya yang diadakan lima tahun sekali.

“Sejak55tah­unpenubuha­n KTS, CSR merupakan proses strategikn­ya dalam integrasi perniagaan dan membentuk prestasi persekitar­an sosial serta nilai dalam kerja teknikal bagi kestabilan syarikat. Usaha itu akan dijalankan secara berterusan.

“Kupon cucian amal ini telah diedarkan kepada 23 sekolah yang terlibat untuk dijual kepada orang ramai dengan sasaran 15,000 kupon bernilai RM30 setiap satu, menjadikan jumlah yang bakal dikutip sebanyak RM450,000.

“KTSjugaaka­nmenambah nisbah 2:1 daripada RM30 sekupon menjadikan kutipan berjumlah RM900,000 yang mana enam daripada 23 sekolah tersenarai masingmasi­ng akan menerima sebanyak RM25,000 menjadikan nilai kutipan berjumlah RM150,000.

“Secara keseluruha­n nilai kutipan yang disasarkan ialah RM1.5 juta,” ujarnya pada Majlis Perasmian Cuci Kereta Amal dan Ulang Tahun Ke-50 KTS/STIHL di KTS Garden, Sabtu.

Vincent yang juga Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Kesatuan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menjelaska­n kutipan dana itu bertujuan membantu sekolah persendiri­an Cina yang tidak mendapat sebarang geran daripada kerajaan.

Tujuh lokasi dipilih bagi tujuan tersebut dan selepas KTS Garden pada Sabtu, program sama akan diadakan di Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sekitar Mac bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang yang turut melibatkan guru dan murid sekolah-sekolah terbabit.

Kupon telah mula dijual kepada orang ramai sejak Oktober lalu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat STIHL Holdings Dr Nikolas Stihl, Ahli Lembaga Penasihat STIHL Holdings Selena Stihl, Ahli Lembaga Eksekutif Pemasaran dan Jualan Nobert Pick, Pengurus Kanan Eksport Asia Pasifik dan Timur Tengah Wendelin Ganter, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau dan Pengurus Besar Pusat Khidmat STIHL Asia Tenggara Tim Zhang.

“Sejak 55 tahun penubuhan KTS, CSR merupakan proses strategikn­ya dalam integrasi perniagaan dan membentuk prestasi persekitar­an sosial serta nilai dalam ” kerja teknikal bagi kestabilan syarikat.

TEMENGGUNG DATUK VINCENT LAU Timbalan Pengarah Urusan KTS

 ??  ?? NIKOLAS (dua kanan) dan Norbert (tiga kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian majlis di KTS Garden, Sabtu.
NIKOLAS (dua kanan) dan Norbert (tiga kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian majlis di KTS Garden, Sabtu.
 ??  ?? KERJA-KERJA amal mencuci kereta giat dijalankan selepas hujan berhenti awal pagi Sabtu.
KERJA-KERJA amal mencuci kereta giat dijalankan selepas hujan berhenti awal pagi Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia