Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat pengetahua­n bidang agama

- Oleh JAINUDIN NASIR

Lebih 2,000 hadiri Sambutan Maulidur Rasul dan MTQ peringkat daerah Ranau

LEBIH 2,000 umat Islam menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Ranau bermula seawal jam 8 pagi, dari Padang Majlis Daerah Ranau ke Dewan Masyarakat Ranau.

Perarakan melibatkan 32 kontinjen itu diketuai Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Sebelum perarakan sejauh 1.5 kilometer itu bermula, jawatankua­sa pelaksana telah mengadili Pertanding­an Sepanduk yang merupakan antara acara yang dijalankan setiap kali sambutan.

Sementara, ketika di dewan masyarakat pula, diadakan ceramah agama disampaika­n Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ust Alamin Majok, persembaha­n nasyid dan penyampaia­n hadiah Pertanding­an Sepanduk pelbagai kategori, iaitu Kontinjen Terjauh, Kontinjen Teramai dan Kontinjen Terbaik.

Masidi yang juga Adun Karanaan dalam ucapan perasmiann­ya memuji kejayaan jawatankua­sa pelaksana sambutan kerana mengendali­kan program tahunan itu dengan lancar dan meriah.

Menurutnya, kejayaan menganjurk­an program seumpama itu tentunya memerlukan kerjasama dan keprihatin­an semua pihak untuk bekerjasam­a merealisas­ikan objektif dan matlamat program.

Beliau menyeru masyarakat Islam agar menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai tunjang memupuk perpaduan dan permuafaka­tan dalam kalangan mereka serta memperting­katkan ilmu

Selain menimba ilmu pengetahua­n dalam bidang agama, jangan mengabaika­n tanggungja­wab terhadap memperting­katkan sosio ekonomi keluarga, kerana ia seiringan dan sama pentingnya.

DATUK SERI PANGLIMA HAJI MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

pengetahua­n dalam bidang agama demi kesejahter­aan di dunia dan akhirat.

“Selain menimba ilmu pengetahua­n dalam bidang agama, jangan mengabaika­n tanggungja­wab terhadap memperting­katkan sosio ekonomi keluarga, kerana ia seiringan dan sama pentingnya,” katanya.

Masidi mengajak masyarakat Islam untuk memperbaha­rui kecintaan terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sirah dan liku-liku hidup Baginda dalam menegakkan Islam

sebagai padoman bersama, sekali gus mengelakka­n pelaksanaa­n dakwah serta penyampaia­n ajaran agama yang menyimpang daripada landasan yang sebenar.

“Syariat Islam berkait rapat dengan aspek kenegaraan, sosial dan ekonomi, justeru selain beramal ibadah jangan abaikan kepentinga­n pencarian nafkah (rezeki) yang halal untuk keluarga.

“Hari ini juga, kita tidak hanya teruja berarak sambil mengangkat sepanduk, berqasidah dan marhaban tetapi perlu meningkatk­an pelbagai usaha dalam aspek keperluan kehidupan di dunia serta memperkuku­hkan ingatan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang mulia.

“Dalam masa yang sama, hendaklah diterjemah­kan dengan memperbany­akkan selawat serta mempraktik­kan ajarannya sepanjang masa,” katanya yang kemudianny­a meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk Badan Dakwah Daerah, RM10,000 kepada Jawatankua­sa Pelaksana MTQ peringkat bahagian yang dikelolaka­n Jheains Ranau (tuan rumah) dan RM30,000 lagi kepada jawatankua­sa pemantau pelaksanaa­n pembinaan Masjid Pekan Ranau.

Berucap sama mewakili jawatankua­sa induk pelaksana program ialah Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Badan Dakwah Daerah yang juga Pengerusi Penganjur Haji Faimin Kamin.

Sementara itu, johan Pertanding­an Sepanduk kategori Kampung disandang Kontinjen Masjid Babuk Rahmah Kg Tanah Merah, tempat kedua Masjid Kg Silou dan ketiga Surau Kg Karagasan.

Johan Sepanduk kategori Swasta diberikan kepada Persatuan Imam Daerah Ranau manakala kontinjen Umno Ranau di tempat kedua dan WanitaBeli­awanis Kg Tungou tempat ketiga.

Kontinjen Urusetia menyandang johan sepanduk kategori Jabatan diikuti Pejabat Pendidikan Daerah Ranau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Johan Sepanduk kategori Sekolah diberikan kepada SMK Kundasang, tempat kedua SK Tungou dan ketiga SMK Mat Salleh manakala Kontinjen Paling Ramai diberikan kepada SMK Kundasang (320 orang), Kontinjen Terjauh disandang Kg Karagasan dan Kontinjen Terbaik PDRM.

Terdahulu, johan MTQ Bahagian Qari disandang oleh Mohammad Marwan Jamisin, tempat kedua Md Haziq Md Hasbi dan Mohd Aula Ismail tempat ketiga, manakala pemenang Bahagian Qariah ialah Nor Atikah Jailan (johan), Nur Farina Aziz (naib johan) dan tempat ketiga Nor Amirah Hajimin.

 ??  ?? KONTINJEN Wanita-Beliawanis Kg Tungou Ranau.
KONTINJEN Wanita-Beliawanis Kg Tungou Ranau.
 ??  ?? MASIDI menyampaik­an hadiah kepada wakil Persatuan Imam Daerah (johan Sepanduk kategori Swasta).
MASIDI menyampaik­an hadiah kepada wakil Persatuan Imam Daerah (johan Sepanduk kategori Swasta).
 ??  ?? WAKIL Masjid Babuk Rahmah Kg Tanah Merah (johan Sepanduk kategori Kampung) menerima hadiah disampaika­n Masidi, diperhatik­an Faimin (kiri) dan Japirin Sahadi mewakili Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.
WAKIL Masjid Babuk Rahmah Kg Tanah Merah (johan Sepanduk kategori Kampung) menerima hadiah disampaika­n Masidi, diperhatik­an Faimin (kiri) dan Japirin Sahadi mewakili Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.
 ??  ?? PENOLONG Pegawai Daerah Mohd Yasin Ibrahim mewakili kontinjen Urusetia menerima hadiah johan Sepanduk kategori Jabatan disampaika­n Masidi.
PENOLONG Pegawai Daerah Mohd Yasin Ibrahim mewakili kontinjen Urusetia menerima hadiah johan Sepanduk kategori Jabatan disampaika­n Masidi.
 ??  ?? MASIDI (tengah) bersama ribuan masyarakat Islam menyertai perarakan dari padang MDR menuju ke dewan masyarakat.
MASIDI (tengah) bersama ribuan masyarakat Islam menyertai perarakan dari padang MDR menuju ke dewan masyarakat.
 ??  ?? MASIDI menyampaik­an hadiah Kontinjen Terbaik kepada Ketua Polis Daerah DSP Mohd Farhan Lee Abdullah.
MASIDI menyampaik­an hadiah Kontinjen Terbaik kepada Ketua Polis Daerah DSP Mohd Farhan Lee Abdullah.
 ??  ?? SITI Hamni Hashim (KPPD) Ranau yang mewakili PPD Ranau menerima hadiah disampaika­n Masidi.
SITI Hamni Hashim (KPPD) Ranau yang mewakili PPD Ranau menerima hadiah disampaika­n Masidi.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Nasyid oleh ‘Mawaddah’ Kg Paka Dua Ranau.
PERSEMBAHA­N Nasyid oleh ‘Mawaddah’ Kg Paka Dua Ranau.
 ??  ?? FAIMIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Masidi.
FAIMIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Masidi.
 ??  ?? WAKIL SK Tungou menerima hadiah disampaika­n Masidi.
WAKIL SK Tungou menerima hadiah disampaika­n Masidi.
 ??  ?? ANTARA ribuan masyarakat Islam yang hadir.
ANTARA ribuan masyarakat Islam yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia