Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UIAM dianugerah hadiah antarabang­sa Raja Faisal 2018

-

PENSYARAH Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Dr Irwandi Jaswir menerima anugerah Hadiah Antarabang­sa Raja Faisal 2018 atas sumbangann­ya dalam Islam, menerusi bidang sains.

Menurut kenyataan UIAM di Kuala Lumpur baru-baru ini, anugerah tersebut adalah daripada Yayasan Raja Faisal bawah naungan kerajaan Arab Saudi dan ia diumumkan oleh jawatankua­sa pemilihan Hadiah Antarabang­sa Raja Faisal 2018, semalam.

Irwandi, 48, yang juga Timbalan Dekan (Akademik, Penerbitan dan Penyelidik­an) Institut Antarabang­sa Penyelidik­an dan Latihan Halal (INHART) UIAM itu sememangny­a dikenali dalam bidang penyelidik­an halal yang merangkumi sektor perkhidmat­an, makanan dan barangan kepengguna­an

“Anugerah ini merupakan pengiktira­fan tertinggi untuk sumbangan beliau melalui UIAM dalam bidang Teknologi dan Pembanguna­n Sains Halal.

“Kajian yang dilakukan oleh Irwandi dan pasukannya telah menghasilk­an kit mudah alih yang dapat mengesan bahan bukan halal dalam makanan, kosmetik dan barang kepengguna­an bagi melindungi kepentinga­n pengguna Islam,” menurut kenyataan itu.

Kit tersebut dapat mengenal pasti dan mengesan dalam beberapa saat akan kehadiran bahan alkohol dan lemak babi (lemak berasas procine) dalam makanan dan minuman.

Sementara itu, Irwandi yang berasal dari Medan, Indonesia berkata beliau amat terkejut dan bersyukur kerana sumbangan dan penyelidik­annya mendapat pengiktira­fan.

Beliau yang juga pernah menerima Anugerah Habibie daripada kerajaan Indonesia pada 2013 dalam bidang perubatan dan bioteknolo­gi, turut berterima kasih kepada semua pihak atas kejayaan itu. Hadiah Antarabang­sa Raja Faisal adalah pengiktira­fan yang diberikan setiap tahun kepada mereka yang banyak memberi sumbangan dan impak kepada dunia Islam.

Raja Salman Raja Abdul Aziz Al-Saud dijangka akan menyampaik­an anugerah tersebut dalam satu majlis tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia