Utusan Borneo (Sabah)

UMP Lancar Aplikasi Xchain, Digital Valid8

-

UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini melancarka­n dua aplikasi menggunaka­n teknologi ‘blockchain’ yang membolehka­n simpanan data dilakukan di pelbagai lokasi dan tidak mudah digodam.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata dua teknologi itu termasukla­h UMP Xchain atau dompet mudah alih akan mewujudkan persekitar­an tanpa tunai dalam kalangan warga kampus.

“Aplikasi UMP Xchain membolehka­n pelajar dan kakitangan UMP menggunaka­n telefon pintar untuk melakukan transaksi pembayaran di kafetaria, kedaikedai dan unit Bendahari,” katanya pada sidang media di UMP Kampus Gambang di Kuantan, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Kecemerlan­gan IBM, Dr Mohamed Ariff Ameedeen dan Dekan Fakulti Pengurusan Industri (FIM) Prof Madya Dr Mohd Ridzuan Darun.

Daing Nasir berkata mereka menyasarka­n 11,000 pelajar akan menggunaka­n aplikasi baharu itu dan optimis ‘budaya tanpa tunai’ itu boleh diperluask­an ke peringkat lebih tinggi secara berperingk­at.

Selain itu, Daing Nasir memaklumka­n UMP juga melancarka­n UMP Valid8 iaitu aplikasi pengesahan sijil menggunaka­n sistem kod QR untuk memastikan kesahihan sijil pelajar universiti berkenaan. “Setiap sijil akan dilengkapi kod QR yang unik bagi memastikan kesahihan maklumat pelajar pada sijil graduan.

Kita boleh mengetahui maklumat seperti paparan gambar, nama, program pengajian dan tahun bergraduas­i apabila imbasan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata 2,000 bakal graduan UMP pada konvokesye­n tahun ini menggunaka­n aplikasi itu sepenuhnya yang membantu memudahkan bakal majikan memeriksa bakal pekerja.

Projek perintis hasil Pusat Kecemerlan­gan IBM dengan kerjasama FIM bersama kumpulan Alumni UMP itu menjadikan universiti ini selangkah ke hadapan dalam memajukan teknologi, katanya. — Bernama

Aplikasi UMP Xchain membolehka­n pelajar dan kakitangan UMP menggunaka­n telefon pintar untuk melakukan transaksi pembayaran di kafetaria, kedai-kedai dan unit Bendahari.

PROF DATUK SERI DR DAING NASIR IBRAHIM Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang

 ??  ?? GRADUAN Universiti Malaysia Pahang (UMP) Sheikh Mohamad Amir Aizat Othman, 24, menunjukka­n ijazah tulen yang disahkan melalui penggunaan aplikasi UMP Valid8 menggunaka­n telefon pintar selepas pelancaran sistem pengesahan perakuan sijil UMP Valid8 dan...
GRADUAN Universiti Malaysia Pahang (UMP) Sheikh Mohamad Amir Aizat Othman, 24, menunjukka­n ijazah tulen yang disahkan melalui penggunaan aplikasi UMP Valid8 menggunaka­n telefon pintar selepas pelancaran sistem pengesahan perakuan sijil UMP Valid8 dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia