Utusan Borneo (Sabah)

83 negara terjejas skandal susu Lactalis

Bakteria salmonella mencemari susu tepung formula bayi keluaran syarikat itu

-

PARIS: Skandal salmonella dalam kumpulan tenusu PerancisLa­ctalismenj­ejaskan 83 negara, di mana 12 juta kotak susu tepung bayi ditarik balik dari pasaran, menurut CEO syarikat semalam dalam temu bual dengan media Perancis.

Emmanuel Besnier, ketua keluarga yang banyak berahsia di sebalik salah satu kumpulan tenusu terbesar di dunia, bercakap di hadapan umum buat kali pertama sejak bantahan meletus mengenai dakwaan bahawa syarikat menyembuny­ikan wabak salmonella di sebuah kilang yang menghasilk­an produk tersebut.

“Kita harus mengambil kira skala operasi ini, lebih 123 juta kotak terjejas,” jelas beliau, sambil menambah bahawa pihak pengedar tidak lagi perlu memeriksa produk bagi mencari produk yang tercemar.

“Mereka harus tahu bahawa semua produk perlu dikeluarka­n dari rak pasaran,” menurut Besnier.

Besnier, yang diarahkan pergi ke kementeria­n kewangan Perancis Jumaat lepas, menjanjika­n pampasan untuk semua keluarga yang terjejas.

Beliau menyatakan kesan krisis kesihatan terhadap pelanggan, termasuk bayi berusia bawah enam bulan, menjadi tumpuan dalam pemikiran beliau.

“Perkara ini bagi kami, lebih-lebih lagi saya, adalah satu kebimbanga­n yang besar,” beliau memberitah­u Journal du Dimanche.

Ratusan tuntutan saman difailkan terhadap kumpulan itu oleh beberapa keluarga yang menyatakan anak-anak mereka mendapat keracunan salmonella selepas meminum susu tepung dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa Perancis melaporkan 35 kes bayi yang mendapat salmonella daripada tepung susu, sementara satu kes lagi dilaporkan di Sepanyol dan satu lagi dalam siasatan di Greece.

Sebuah pertubuhan yang mewakili mangsa menyatakan pihak berkuasa memandang rendah jumlah kes.

“Terdapat aduan dan siasatan di mana kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kami tidak pernah memikirkan akan bertindak sebaliknya,” kata Besnier.

Ditubuhkan pada 1933 oleh datuk Besnier, Lactalis telah menjadi sebuah industri utama dengan jualan tahunan kirakira 17 bilion euro, dengan produk termasuk keju ricotta dan mozzarella jenama Galbani di Itali.

Dengan 246 kawasan pengeluara­n di 47 negara, senarai produknya turut menampilka­n nama-nama biasa seperti mentega President dan keju roquefort Societe.

Dua daripada jenama ini, susu bayi Picot dan Milumel, menjadi subjek penarikan semula antarabang­sa yang mencetuska­n kekecohan pada pertengaha­n Disember selepas beberapa kanak-kanak jatuh sakit.

Skandal tersebut bertambah teruk bulan ini ketika mingguan siasatan Perancis Le Canard Enchaine melaporkan para inspektor negara telah memberikan pengesahan kebersihan kesihatan kepada kawasan Lactalis di Craon, barat laut Perancis, pada awal September. — AFP

“Kesan krisis kesihatan terhadap pelanggan, termasuk bayi berusia bawah enam bulan, menjadi tumpuan dalam pemikiran beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia