Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Putih perbetul kata-kata Trump

-

WASHINGTON: Rumah Putih kelmarin menafi dan memperbetu­l kata-kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mencadangk­an beliau mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

“Saya mungkin mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Kim Jong-un,” Trump dipetik sebagai memberitah­u The Wall Street Journal dalam temu bual Khamis lepas.

Namun Setiausaha Media Sarah Sanders menegaskan Trump menyatakan “Saya akan”, bukannya “Saya” seperti yang diterbitka­n akhbar.

Kedua-dua pihak The Wall Street Journal dan Rumah Putih menghantar rakaman audio mengenai kenyataan Trump itu dalam Twitter.

Walaupun tidak lengkap sepenuhnya, rakaman audio itu kedengaran menyokong keterangan Sanders.

Sanders mulanya menyatakan dalam Twitter mesej bertulis yang mempertika­i artikel akhbar berkenaan.

“Menurut Presiden Trump, ‘Saya akan mungkin mempunyai satu hubungan yang sangat baik dengan Kim Jong-un dari Korea Utara’.

“’Saya akan’, ‘saya akan’, ‘saya akan’. Bukannya ‘Saya’!” menurut mesej itu, dengan perkataan ‘Saya akan’ (I’d) ditulis dengan dakwat merah, di bawah kain rentang merah tertera ‘BERITA PALSU’.

Mempersend­a muka depan akhbar, ia kemudian menyebut ‘The Wall Street Journal — Berita palsu sekali lagi — Memetik kata Presiden Trump dengan kenyataan palsu’.

Washington dan Pyongyang dalam ketegangan mengenai program misil dan nuklear Korea Utara, yang akan digunakan untuk menyasarka­n Amerika Syarikat dan sekutunya.

Trump seringkali menghina pemimpin Korea Utara itu, mengecamny­a tidak waras dan ‘lelaki roket’.

Ditanya The Wall Street Journal sama ada beliau telah bercakap dengan Kim, Trump menyatakan: “Saya tidak mahu memberikan komen mengenainy­a. Saya tidak menyatakan saya telah atau belum lagi. Saya hanya tidak mahu memberikan komen.”

Trump mencadangk­an kedudukann­ya yang berbeza terhadap individu terbabit adalah sebahagian strategi meluas.

Namun tidak jelas bagaimana kenyataann­ya disesuaika­n dengan polisi penjelasan diri mengenai tekanan maksimum terhadap Pyongyang.

AS dan China akan menganjurk­an pertemuan di Vancouver bagi membincang­kan mengenai ketegangan nuklear dengan Korea Utara, menyatukan kuasa muhibah dari seluruh dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia