Utusan Borneo (Sabah)

Airbus didenda 104j euro akibat misil Taiwan

-

PARIS: Syarikat pengeluar pesawat Airbus kelmarin menyatakan ia telah dikenakan denda 104 juta euro ekoran pertikaian pada 1992 mengenai penjualan misil kepada Taiwan oleh kumpulan Matra, yang kemudian dimiliki gergasi pesawat itu.

Airbus, yang mana pada minggu ini bersetuju untuk menjual kepada China 184 pesawat A320 pada 2020, menyatakan ia telah diarahkan untuk membayar denda bagi aduan pelanggara­n kontrak melibatkan penjualan misil.

Matra Defence S.A.S., yang menyertai kumpulan Airbus pada 1998, menyatakan pihaknya mengkaji denda tersebut dan menilai langkah seterusnya, kata kenyataan itu lagi.

Jurucakap Airbus menolak untuk memberikan maklumat mengenai kes ketika dihubungi AFP.

Dalam kes berasingan, kumpulan Eropah menyatakan mereka dalam perbincang­an dengan pendakwa raya di Munich yang boleh menutup siasatan Jerman mengenai rasuah berkaitan penjualan beberapa jet Eurofighte­r kepada Austria.

Pada Februari, Austria menyaman Airbus mengenai perjanjian Eurofighte­r pada 2003 yang telah lama dikatakan amat samar-samar dan cuba mendapatka­n sehingga 1.1 bilion euro dalam bentuk ganti rugi.

Kementeria­n pertahanan Austria menyatakan ketika itu bahawa tuntutan saman menuduh Airbus dan konsortium Eurofighte­r sebagai sengaja menipu Vienna mengenai tempahan bernilai dua bilion euro.

Pada masa itu, ketua Airbus Tom Enders merupakan ketua bahagian pertahanan untuk European Aeronautic Defence Space Company (EADSS), yang menyertai Kumpulan Airbus pada 2014.

“Kami akan mendedahka­n keputusan apabila siasatan telah selesai,” menurut kenyataan Airbus. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia