Utusan Borneo (Sabah)

Jurutera minyak disyaki diculik ELN

-

BOGOTA: Penyerang bersenjata mendakwa anggota kumpulan pemberonta­k terakhir di Colombia menculik seorang jurutera di bahagian timur negara, menurut polis kelmarin, selepas rundingan damai gagal di antara pemberonta­k ELN dan Bogota.

Rafael Andres Rian, 41, seorang jurutera tempatan diculik dari pejabatnya di Saravena, berhampira­n sempadan dengan Venezuela, oleh dua lelaki bertopeng bersenjata­kan pistol yang memperkena­lkan diri mereka sebagai anggota ELN, menurut pihak polis.

Penculikan berlaku hanya sebelum ketibaan di Bogota Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, yang menyokong rundingan damai di antara kerajaan Presiden Juan Manuel Santos dan pemberonta­k Tentera Liberasi Nasional (ELN).

Guterres akan bertemu dengan Santos tengah hari kelmarin dan beberapa anggota misi PBB, yang mengawasi pematuhan perjanjian damai di antara kerajaan dan kumpulan gerila FARC yang kini menjadi parti politik.

Namun pakar menyatakan input antarabang­sa tidak memadai bagi mendesak kepulangan ke meja rundingan atau perubahan pendirian ELN.

“Lawatan tersebut tidak akan mempunyai kesan ketara terhadap penerusan rundingan,” kata pakar hal ehwal antarabang­sa Arlene Tickner.

Pada Rabu lepas, Santos mengumumka­n rundingan damai ditangguhk­an sebagai respons kepada serangan gerila.

Rundingan dijangka diteruskan di negara jiran Ecuador, namun gencatan senjata 101 hari tamat tanpa perjanjian untuk melanjutka­nnya.

Satu perjanjian dengan ELN akan menutup bahagian terakhir konflik setengah abad di negara Amerika Selatan itu, selepas perjanjian dilakukan Santos yang memenangi Nobel Keamanan pada November 2016 dengan pengganas yang lebih besar Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Di bawah perjanjian damai itu, FARC menyerah senjata, menamatkan perkhidmat­an pejuangnya dan bertukar menjadi parti politik namun masih mengekalka­n namanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia