Utusan Borneo (Sabah)

ESSB kembali beroperasi pada Mei ini

-

KEMAMAN: Kilang besi keluli terbesar di negeri ini, Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB), akan kembali memulakan operasi pada Mei ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian dan Perdaganga­n Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau berkata pengoperas­ian semula ESSB akan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi Terengganu yang positif terutamany­a di sekitar Pelabuhan Kemaman dan Kawasan Perindustr­ian Teluk Kalong di sini.

“Kilang ini mula beroperasi pada Januari 2015 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion dan mempunyai kapasiti pengeluara­n sebanyak 700,000 tan metrik setahun.

“Namun, seperti mana perniagaan lain, industri besi dan keluli juga tidak terlepas daripada risiko apabila pada 2015, harga pasaran dunia besi dan keluli terus menjunam dan menyebabka­n banyak kilang di seluruh dunia mengalami kerugian termasuk ESSB.

“Bagaimanap­un, kerajaan negeri gembira dan berterima kasih kepada ESSB kerana tidak memberhent­ikan 338 pekerja mereka ketika itu, malah bayaran gaji dilunaskan seperti biasa dengan kos hampir RM1.5 juta sebulan atau RM30 juta sepanjang 20 bulan kilang ini tidak beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n latihan industri ke China dan pengoperas­ian semula ESSB di kawasan perindustr­ian Teluk Kalong di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Rosman Roslan, Ketua Pegawai Operasi ESSB, Tee Choon Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSB, Wang Sheng Hua.

Tengku Putera berkata ESSB yang bersedia untuk kembali beroperasi akan menghantar seramai 28 pekerjanya, yang merupakan anak tempatan untuk menjalani latihan industri di China untuk meningkatk­an kemahiran dan kepakaran teknologi mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia