Utusan Borneo (Sabah)

Pengembara nikmati khidmat lebih baik di bawah rangka kerja perkhidmat­an lapangan terbang baharu

-

KUALA LUMPUR: Berjutajut­a penumpang di Malaysia boleh mengharapk­an perkhidmat­an lebih baik apabila Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang dilaksana oleh lapangan terbang di Malaysia secara brperingka­tperingkat tahun ini.

Ini termasuk masa lebih cepat untuk bagasi keluar daripada karusel lapangan terbang, perkhidmat­an aerotren serta pampasan terhadap kelewatan penerbanga­n, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

Rangka kerja itu akan dilaksana pada suku ketiga 2018 dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 serta lapangan terbang lain menjelang akhir 2019.

Menurutnya, ia memberi penekanan kepada perlindung­an hak pengguna yang mengguna lapangan terbang agar mereka menikmati pengalaman perjalanan yang di pertingkat sebagaiman­a yang terkandung dalam Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia (MACPC).

“Agak banyak kandungan dalam MACPC memberi tumpuan kepada hak dan manfaat yang perlu dinikmati pengguna apabila mereka mengembara melalui udara di Malaysia,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.

Di bawah Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang, pengendali lapangan terbang perlu memastikan pengguna menikmati tahap perkhidmat­an minimum tertentu di kemudahan mereka, katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan wawancara tersebut.

Bagi memastikan pematuhan, MAVCOM akan menjalanka­n pemeriksaa­n fizikal rutin serta mekanisme pengukuran automatik seperti untuk lif, walkalator, tempoh beratur, pengendali­an bagasi serta pampasan untuk kelewatan penerbanga­n.

Azmir berkata, perjalanan udara bukan setakat duduk dalam pesawat dan menggunaka­n perkhidmat­an syarikat penerbanga­n itu, tetapi merangkumi pelbagai perkhidmat­an di lapangan terbang.

“Penumpang syarikat penerbanga­n berhak mendapat tahap perkhidmat­an yang baik sebaik sahaja beliau turun dari keretanya di lapangan terbang sehingga menaiki pesawat dan berlepas,” katanya.

Ini termasuk perkhidmat­an di kaunter daftar masuk, beratur di kaunter imigresen dan pemeriksaa­n kastam, bilik air, paparan maklumat penerbanga­n serta perkhidmat­an keselamata­n.

Menurutnya, tumpuan MAVCOM tahun ini adalah untuk memastikan tahap perkhidmat­an yang baik di lapangan terbang Malaysia.

Untuk itu, pengendali lapangan terbang perlu mencapai kira-kira 20 petunjuk prestasi utama dan sasaran dalam bidang seperti kebersihan bilik air, kejelasan papan tanda, walkalator, lif dan jambatan aero yang berfungsi serta baris gilir keselamata­n yang cekap.

“Jika pengendali lapangan terbang tidak memenuhi sasaran tahap perkhidmat­an, denda kewangan yang tinggi sebanyak lima peratus daripada pendapatan aeronautik­al pengendali lapangan terbang itu akan dikenakan ke atas mereka,” katanya.

“Kami mahu pengendali lapangan terbang untuk mengamil kira tahap perkhidmat­an lapangan terbang secara serius supaya pengembara menikmati perjalanan yang selesa dan lancar,” katanya.

MAVCOM mahu memastikan setiap orang yang terlibat dalam penghasila­n pengalaman pengguna di lapangan terbang terus memberi tumpuan kepada produk teras, iaitu penyelengg­araan perkhidmat­an di lapangan terbang, kata Azmir.

Menurutnya, rangka kerja itu diwujudkan selepas perundinga­n dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan industri itu, termasuk syarikat penerbanga­n, pengendali lapangan terbang serta pengguna.

Menerangka­n bagaimana rangka kerja itu diwujudkan, beliau berkata, apabila MAVCOM ditubuhkan pada Mac 2016, ia mengambil kira pelbagai perkara yang ia boleh mulakan dengan sumbernya yang terhad.

Ia kemudianny­a memutuskan untuk melaksana atau mengukuhka­n beberapa asas berkaitan perlindung­an pengguna, pelesenan dan proses peruntukan hak trafik udara.

“Kami mahu mulakan dengan membangunk­an pendekatan yang lebih diiktiraf di peringkat antara bangsa dengan menetapkan caj lapangan terbang di mana keutamaan kami mengambil kira manfaat kepada pengguna serta industri keseluruha­nnya,” kata Azmir.

Menurutnya, banyak pengawal selia penerbanga­n global memberi tumpuan kepada caj apabila ia menyentuh kawal selia ekonomi lapangan terbang, tetapi MAVCOM telah memperluas aktiviti kawal selia lapangan terbang dengan memasukkan pembanguna­n Rangka Kerja Kualiti Lapangan Terbang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia