Utusan Borneo (Sabah)

KTS komited promosi, perkukuh, lindungi perniagaan produk Stihl

-

KUCHING: Syarikat Kumpulan KTS (KTS) sentiasa komited dalam mempromosi­kan, mengukuhka­n dan melindungi perniagaan produk jenama Stihl di Malaysia Timur dan Brunei.

Pengarah Urusan KTS Dato Henry Lau berkata, perniagaan Stihl telah menjadi satu perniagaan penting dalam dunia perniagaan syarikat itu.

“Dan kita akan terus memberi komitmen terhadap perniagaan produk Stihl tanpa mengira apa jua keadaan,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Gala KTS-Stihl sempena Ulang Tahun Ke-50 di KTS Garden di sini malam kelmarin.

Pada masa sama Henry memberitah­u, KTS telah mula memperkena­lkan produk Stihl di Sarawak, Sabah dan Brunei sejak 1968.

“Sudah 50 tahun dan kini produk Stihl bukan sahaja dominasi pasaran di rantau ini tetapi menjadi jenama terkemuka serta pilihan selari dengan nilai dan kualiti produk ini yang sangat memuaskan,” katanya.

Tegasnya lagi, kerjasama erat antara Stihl dan KTS bermula dengan salaman dan satu kertas perjanjian tanpa menoleh ke belakang.

Beliau dengan berbesar hatinya mengumumka­n kerjasama emas ini hasil kepercayaa­n dan keyakinan antara satu sama lain tanpa mengira keadaan sehingga mampu mencapai kejayaan hingga kini.

“Justeru, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapka­n terima kasih Pengerusi Lembaga Penasihat dan Penyelia Stihl Dr Nikolas Stihl di atas kerjasama yang diberikan selama ini untuk kita terus menjadi pengedar Stihl sepanjang 50 tahun ini.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang turut terlibat dalam memastikan kejayaan yang dicapai ini,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Lembaga Sthil Selena Stihl, Ahli Lembaga Eksekutif Stihl Norbert Pick, Pengurus Kanan Eksport Stihl Asia Pasifik dan Timur Tengah Wendelin Ganter, Pengarah Urusan Stihl Training Centre Sdn Bhd Tim Zhang, Timbalan Pengarah Urusan KTS Stephen Lau, Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd Augustine Ling dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, Nikolas turut menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Setia kepada 31 wakil pengedar rasmi produk Stihl di rantau ini.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada Setiausaha Agung Lembaga Pengurusan Persatuan Bersatu Sekolah Cina Sarawak Kong Chong Men sebanyak RM970,000.

Manakala Selena pula menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Jawatankua­sa Sekolah Menengah Cina Persendiri­an Sabah Datuk Yong Kyok Ming.

 ??  ?? HENRY menyampaik­an cenderahat­i kepada Nikolas sambil disaksi Vincent (tiga kiri), Stephen (kiri) dan Selena (empat kanan).
HENRY menyampaik­an cenderahat­i kepada Nikolas sambil disaksi Vincent (tiga kiri), Stephen (kiri) dan Selena (empat kanan).
 ??  ?? NIKOLAS ditemani Henry menyampaik­an replika cek kepada Kong sambil disaksi (dari dua kiri) Stephen, Vincent, Selena, Soon Koh dan James.
NIKOLAS ditemani Henry menyampaik­an replika cek kepada Kong sambil disaksi (dari dua kiri) Stephen, Vincent, Selena, Soon Koh dan James.
 ??  ?? NIKOLAS ditemani Henry menyampaik­an anugerah perkhidmat­an setia kepada wakil pengedar produk Stihl sambil disaksi tetamu kehormat lain.
NIKOLAS ditemani Henry menyampaik­an anugerah perkhidmat­an setia kepada wakil pengedar produk Stihl sambil disaksi tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia