Utusan Borneo (Sabah)

Bukan ‘gula-gula PRU’

Kerajaan komited bantu rakyat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abdul Momen Angchai berkata kerajaan menyalurka­n bantuan demi memastikan kelangsung­an hidup rakyat.

Menurutnya pelbagai bantuan itu diagihkan dalam berbagai bentuk melibatkan rakyat setiap pelusuk bandar mahupun di luar bandar.

Katanya, bantuan itu dapat juga dimanfaatk­an untuk menjana dan meningkatk­an mutu kehidupan yang akhirnya memakmurka­n rakyat.

“Bantuan beg sekolah seperti hari ini walaupun kecil namun manfaatnya besar kepada penerima.

“Ia tidak ada di zaman persekolah­an kami namun ada di zaman sekarang kerana kepimpinan dan kerajaan dengar keperluan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Back To School anjuran Yayasan Pelajaran Mara Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Puteri Umno Silam di Dewan Panglima Nalaja Kampung Telisai, di sini pada Ahad.

Menurut Momen, pemimpin yang bersilih ganti secara demokrasi sudah menjadi amalan di negara ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membawa perubahan kepada pembanguna­n negara.

“Biar pemimpin bersilih ganti jangan kerajaan BN dan Umno diganti kerana semangat juang dan pengorbana­n masih diperlukan pemimpin seterusnya memajukan negara ini,” katanya.

Ketua Puteri Umno Silam Zuraidah Asdain ketika berucap berkata setiap tahun peruntukan bantuan seumpama itu disalurkan dan ia dimanfaatk­an pelajar di seluruh DUN di Silam.

Menurutnya seramai 50 beg sumbangan YPM dan sumbangan wang tunai diagihkan kepada pelajar terpilih.

Bantuan itu diharap dapat meringanka­n lagi bebanan ibu bapa dalam memastikan pembelajar­an anak-anak berjalan lancar.

“Kerajaan melalui Bajet 2018 memperuntu­kkan RM45.9 bilion untuk sektor pendidikan demi masa depan generasi akan datang. Kerajaan amat prihatin terhadap denyut nadi semua rakyat dengan pemberian BR1M kepada pemohon yang layak.

“Demikian juga bantuan yang lain. Namun janganlah anggap semuanya ini dilaksanak­an agar ia dianggap gula-gula pilihan raya.

“Ini bukan gula-gula tapi BN dan Umno laksanakan kerana keperluan rakyat yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Tetap Umno Silam Kayyum Umar, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Sabtu Susulan, Naib Ketua Puteri Ernawati Rafael, Pemaju Mukim Tambisa Norodin Abdul Rajin, Pengerusi JKKK Kg Telisai Sazley Naga dan Ketua Kg Telisai Mohammad Nurun.

“Pelbagai bantuan itu diagihkan dalam berbagai bentuk melibatkan rakyat setiap pelusuk bandar mahupun di luar bandar.” ABDUL MOMEN ANGCHAI

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku

 ??  ?? MOMEN dan Zuraidah bersama antara 50 pelajar yang menerima bantuan itu.
MOMEN dan Zuraidah bersama antara 50 pelajar yang menerima bantuan itu.
 ??  ?? MOMEN menyampaik­an sumbangan dan beg sekolah kepada salah seorang penerima.
MOMEN menyampaik­an sumbangan dan beg sekolah kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia