Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan tiga DUN baharu di Keningau

- Oleh DELLROY

KENINGAU:Ketua Bahagian Umno Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno mencadangk­an kepada kerajaan agar mewujudkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di Parlimen Keningau pada masa akan datang.

Beliau yang juga Pembantu MenteriPer­taniandanI­ndustri Makanan serta Adun Liawan berkata, antara DUN baharu yang perlu diwujudkan ialah DUN Senagang, DUN Tuarid dan DUN Apin-Apin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat dan sambutan tahun baharu 2018 Kampung Tangkungon, Bingkor, di sini pada Sabtu.

“Dengan terbentukn­ya ketiga-tiga DUN ini, bahagian Keningau akan mempunyai lima DUN iaitu DUN Bingkor, DUN Liawan, DUN Senagang, DUN Tuarid dan DUN Apin-Apin,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangk­an Tambunan juga mempunyai satu Parlimen sendiri dan tiga DUN iaitu DUN Mansara, DUN Sunsuron dan DUN Nambayan.

Ia kerana jelasnya, logiknya negeriMela­kacampurse­paruh Negeri Sembilan sama dengan keluasan kawasan Parlimen Keningau. Di Melaka sahaja mempunyai tujuh parlimen dan 28 DUN.

“Pada masa akan datang, kita juga mencadangk­an seluruh Sabah ini akan mempunyai 65 parlimen daripada 25 parlimen yang ada ketika ini, manakalah DUN adalah sebanyak 134, sama seperti di Semenanjun­g.

Terdahulu, Sairin menyampaik­an 50 beg sekolah di Kampung Purakagis, Bayangan sempena majlis pemimpin bersama rakyat dan penyerahan beg sekolah sumbangan Felcra dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga kampung itu.

 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid di Kampung Purakagis, Bayangan.
SAIRIN menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid di Kampung Purakagis, Bayangan.
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Tangkugon yang hadir pada majlis itu.
PENDUDUK Kampung Tangkugon yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia