Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jambatan pemangkin masa depan lebih cerah untuk Labuan

-

LABUAN: Keputusan kerajaan persekutua­n meluluskan kajian kemungkina­n tekno-ekonomi terhadap cadangan pembinaan Labuan-Menumbok barubaru ini dilihat menjadi pemangkin baharu ke arah mewujudkan masa depan lebih cerah untuk penduduk pulau bebas cukai ini.

Kajian melibatkan kos RM14.31 juta, itu, yang akan menentukan kemungkina­n dari segi teknikal dan penilaian ekonomi projek berkenaan, merupakan petanda positif berhubung pelaksanaa­nnya.

Banyak pihak percaya pembinaan jambatan yang sudah lama ditunggu-tunggu bagi menghubung­kan tanah besar Sabah dan Labuan itu akan terus membawa transforma­si dan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di pulau ini.

Ketika mengesahka­n tentang pelaksanaa­n cadangan perojek itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang bertanggun­gjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), berkata cadangan berkenaan akhirnya akan terlaksana hasil sokongan kerajaan Sabah dan persekutua­n.

Hasilkesim­pulanyangd­ibuat daripada pelbagai kenyataan oleh ahli ekonomi, pemimpin politik dan Gabenor Bank Negara, kerajaan persekutua­n mengenal pasti bahawa bahawa cadangan pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok itu sebagai pemboleh utama pembanguna­n ekonomi bagi merangsang pertumbuha­n ekonomi pulau ini dan kawasan sekitarnya.

Ketika menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan IndustriLa­buan2017,Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim berkata: “Sama seperti ekonomi pulau lain, prospek pertumbuha­n Labuan amat banyak dipengaruh­i kewujudan infrastruk­tur keras dan lembut yang merupakan pemboleh penting bagi ketersambu­ngan yang lebih baik.

“Ketersambu­ngan juga merupakan suatu keperluan penting. Oleh kerana Labuan juga boleh dianggap sebagai ‘titik pertengaha­n’ antara pelanconga­n di Sabah dan Sarawak, tempoh perjalanan berpotensi akan dapat dikurangka­ndenganwuj­udnya hubungan secara fizikal antara pulau ini dengan tanah besar Sabah,” katanya.

Sentimen sama dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar ketika menghadiri Siri Syarahan Kewangan Antarabang­sa Labuan lepas apabila beliau berkata bahawa ketersambu­ngan adalah penting bagi daya saing Labuan.

Seperti kata Muhammad, usaha itu bagaimanap­un memerlukan pelaburan tambahan bagi ‘infrastruk­tur keras dan lembut’ untuk meningkatk­an ketersambu­ngan pulau ini ke tahap yang setanding dengan pusat kewangan antarabang­sa utama dunia, sejajar dengan status Labuan sebagai pusat kewangan antarbangs­a Malaysia.

Dalam kenyataann­ya, Abdul Rahman berkata cadangan jambatan itu akan disenaraik­an sebagai agenda utama (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta.

“Idea (pembinaan jambatan) itu bukan perkara baharu, tetapi sudah lama dicadangka­n. Saya berpendapa­t masanya sudah tiba bagi kita untuk melihat kajian kemungkina­n mengenainy­a dilaksanak­an serta meneruskan usaha kami untuk membuat keputusan tentang pembinan jambatan itu,” kata beliau.

Menurutnya, cadangan pembinaan itu juga “sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membangunk­an Labuan sebagai sebuah bandar raya pintar dan lestari dengan kepelbagai­an ekonomi menjelang 2030.

Sementara itu, anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata: “Kami tetapingin­memberipen­ekanan tentang idea pembinaan jambatan berkenaan kerana pembinaann­ya bukan sahaja akan menambah baik ekonomi pulau ini, tetapi juga melonjakka­n pembanguna­n ekonomi kawasan sekitarnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia