Utusan Borneo (Sabah)

Bukti ‘usaha tangga kejayaan’

Bella bolot dua piala keusahawan­an di Bangkok

-

NORSIDAYAT­I Mustari, 29, atau lebih dikenali sebagai Bella menjadi inspirasi pengikutny­a di laman sosial Facebook serta ramai ejen produknya kerana bangkit mengubah hidup walaupun bergelar yatim piatu sejak berusia 19 tahun.

Kini dia semakin menjadi perhatian apabila berjaya membawa pulang dua piala dalam sebuah majlis penganuger­ahan yang dihadiri kira-kira 200 usahawan dari seluruh Malaysia.

Majlis itu telah dianjurkan oleh seorang pakar motivasi terkenal yang telah banyak membantu ramai usahawan di Malaysia hingga berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Semasa nama saya diumumkan untuk menerima piala Young Entreprene­ur Of The Year tu sememangny­a rasa terkejut, saya baru tersedar yang umur saya masih di bawah 30 tahun dan masih muda jika dibandingk­an dengan usahawan lain.

“Ketika melangkah ke pentas pula saya rasa penuh kesyukuran atas penghargaa­n yang diberikan dan berterima kasih kepada insan insan yang terlibat memberi semangat kepada saya sepanjang 2017.

“Antara yang selalu menyokong saya pastinya suami, mentor saya sendiri dan sahabat-sahabat yang positif malahan saya juga ketika itu berterima kasih kepada segala dugaan yang datang sepanjang 2017, yang pasti tanpa masalah mungkin saya akan terus rasa selesa dan tidak akan berjuang,” ujarnya.

Namun begitu, menurut Bella ketika namanya diumumkan untuk menerima piala kedua bagi Growing Business Of The Year, dia memang tidak dapat menahan air mata.

“Semasa melangkah ke pentas untuk ambil piala itu, saya cuma mampu menatap mata mentor saya dan saya dapat rasakan dia bangga dengan pencapaian saya.

“Saya bayangkan penat lelah sepanjang 2017, cabaran yang dilalui juga team Beautyspel­ls saya yang datang dan pergi. Saya terkenang saat saya dan team saya berjuang siang malam bertawakal dengan ketentuan Allah.

“Saya terkenang saat saya sendiri bungkus barang dalam kotak dan mengangkat­nya, bersengkan­g mata untuk rancang apa yang perlu saya buat bagi meningkatk­an jualan,” katanya menahan sebak.

Sewaktu menziarahi Bangkok awal tahun ini, Bella telah bertolak awal bagi mencari sumber baharu dan idea menarik yang boleh diaplikasi­kan pada perniagaan­nya.

“Memang banyak idea sepanjang berjalan di sana, saya perhatikan cara bagaimana orang Thailand berniaga dan cara layanan mereka terhadap pelanggan.

“Semasa nama saya diumumkan untuk menerima piala Young Entreprene­ur Of The Year tu sememangny­a rasa terkejut, saya baru tersedar yang umur saya masih di bawah 30 tahun dan masih muda jika dibandingk­an lain.” dengan usahawan NORSIDAYAT­I MUSTARI, 29 Usahawan muda

“Pengalaman begitu banyak memberi kesedaran pada saya tentang macam mana saya perlu layan pelanggan saya terutama sekali team Beautyspel­ls.

“Saya sudah rancang bagi tahun 2018 saya akan fokus untuk bantu team Beautyspel­ls jana pendapatan, memberi tambah nilai kepada kehidupan orang lain, sepertiman­a saya percaya, apa yang saya beri itu yang saya akan dapat,” katanya.

Bella juga berharap moga dia dapat menjadi inspirasi kepada wanita terutama surirumah di Sabah untuk bangkit membantu ekonomi isi rumah.

“Saya juga mahu memberi kesedaran kepada rakyat Sabah bahawa yang sebenarnya potensi kita sebagai rakyat Sabah untuk berniaga ini sangat luas.

“Jangan pernah rasa kita berniaga sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan kerana banyak sumbangan dan bantuan kepada yang ingin berniaga.

“Sekarang baru saya sedar saya juga perlukan bantuan kerajaan sebab selama ini saya rasa tidak layak dan sebab itu tidak berani memohon bantuan daripada kerajaan.

“Sekarang minda sudah terbuka dan baru tahu rupanya kerajaan memang ada rancangan dan dana tersendiri untuk usahawan baharu seperti saya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian Bella yang mewakili usahawan Sabah khasnya daerah Tawau.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bella yang berjaya membawa pulang dua piala untuk masyarakat Sabah dan menjadi usahawan berjaya walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi.

“Dalam hidup ini, sememangny­a banyak cabaran, seperti Bella yang juga merupakan anak yatim piatu, cabaran itu sepatutnya menjadi motivasi kepada kita untuk mengubah perjalanan hidup.

“Apa yang perlu ada ialah keyakinan diri dengan buat yang terbaik, doa, berbuat baik dan juga disiplin serta selalu ingin belajar, yang penting buang perasaan hasad dengki,” katanya ketika ditemui.

Beliau juga cukup yakin dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang disandang oleh Bella mampu mengangkat dirinya ke peringkat yang tinggi.

“Alhamdulil­lah, Bella berkawan dengan orang yang betul yang mampu memimpin dia ke jalan yang dia sudah capai sekarang, dengan bantuan kerajaan juga InsyaAllah dia mampu ke tahap yang lebih tinggi lagi.

“Saya juga ingin sarankan kepada semua usahawan untuk mengelakka­n berurusan dengan orang tengah, kerana terbukti banyak usahawan ditipu disebabkan mengikut jalan pintas.

“Di bawah kementeria­n saya nanti, seperti Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan

Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), mungkin kita akan panggil Bella agar dia dapat berkongsi kisah kejayaanny­a kepada usahawan muda,” katanya.

Menurut Jainab, MPWS dan JHEWA juga baru sahaja selesai membuat temuramah kepada kirakira 150 usahawan bagi membantu mereka di bawah Skim CreaM@YWE yang merupakan satu pelan tindakan menggalakk­an usahawan wanita muda mendapat peluang menjayakan usaha mereka dalam sektor perniagaan.

“Dalam usaha sebegini, saya berharap lebih ramai usahawan dapat dibantu. Dalam TN50 juga, kita mahu anak-anak muda lebih berdikari, walaupun hidup berdikari pasti ada cabaran.

“Saya juga mengalu-alukan agar usahawan-usahawan ini rebut peluang yang disediakan kerajaan kerana sememangny­a banyak bantuan yang disalurkan ke agensi-agensi yang berkaitan.

“Usahawan-usahawan yang sudah berjaya ini pula kita harap mereka dapat berkongsi kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk yang lain turut sama berjaya,” katanya. -Artikel sumbangan Unit MAMS, PENERANGAN

 ??  ?? BELLA (kiri) bersama mentornya ketika Majlis Penganuger­ahan Anugerah kepada usahawan yang diadakan di Bangkok.
BELLA (kiri) bersama mentornya ketika Majlis Penganuger­ahan Anugerah kepada usahawan yang diadakan di Bangkok.
 ??  ?? DUA piala yang dibolot sebagai pembakar semangat untuk orang Sabah.
DUA piala yang dibolot sebagai pembakar semangat untuk orang Sabah.
 ??  ?? JAINAB menyokong sentiasa menyokong produk usahawan tempatan.
JAINAB menyokong sentiasa menyokong produk usahawan tempatan.
 ??  ?? BELLA (kiri) bersama para usahawan yang berasal dari Sabah.
BELLA (kiri) bersama para usahawan yang berasal dari Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia