Utusan Borneo (Sabah)

Ranau Rabbit Farm terus jadi tumpuan pengunjung

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU Rabbit Farm Kg Kigiok terus menjadi tumpuan orang ramai dari dalam dan luar daerah, sejak pembukaann­ya pada 8 Januari lepas.

Ladang ternakan arnab itu yang terletak 7 kilometer dari Pekan Ranau, dibuka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Ratusan pengunjung terutama yang berkeluarg­a datang melawat secara santai bagi memberi peluang kepada anak-anak mereka berinterak­si sambil memberi makan kepada ratusan ekor arnab yang jinak.

Bayaran masuk ke ladang itu ialah RM3 seorang bagi dewasa dan RM2 seorang bagi kanak-kanak berumur 4 -14 tahun, manakala bawah 4 tahun, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas adalah percuma.

Petugas kaunter penerimaan pengunjung, Vinddy Vonna Wong, 20, memberitah­u pihaknya menerima ratusan pengunjung dari dalam dan luar daerah setiap hari dan bertambah ramai semasa hujung minggu atau hari kelepasan am.

“Kita sentiasa menyambut mesra ketibaan para pengunjung termasuk pelajar sekolah atau dari institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya ketika menyambut dan memberi taklimat berhubung ladang ternakan itu kepada rombongan dari Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu pada Ahad.

“Saya mewakili keluarga kami, merakam penghargaa­n kepada orang ramai yang mengunjung­i ladang ternakan ini, dan mengharapk­an agar golongan pelajar sekolah memanfaatk­an lawatan mereka sebagai peluang tambah pengetahua­n,” katanya.

 ??  ?? PARA pengunjung Ranau Rabbit Farm Kg Kigiok.
PARA pengunjung Ranau Rabbit Farm Kg Kigiok.
 ??  ?? PASANGAN Rayner Jupilin dan Luna dari Keningau turut mengunjung­i ladang ternakan arnab itu.
PASANGAN Rayner Jupilin dan Luna dari Keningau turut mengunjung­i ladang ternakan arnab itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia