Utusan Borneo (Sabah)

Richie Ren, Miriam Yeung dalam dongeng puteri busuk ‘Elixir of Love’ di TV2

-

MENGISI slot Golden Dragon di TV2 pada 18 Januari ini, jam 9.30 malam adalah sebuah filem komedi dongeng klasik lakonan mencuit hati dan bersahaja gandingan dua aktor terkenal Richie Ren dan Miriam Yeung bertajuk ‘Elixir Of Love’.

Berlatarbe­lakangkan abad ke-11 di negara China, filem kantonis popular tahun 2004 bertemakan kisah cinta seorang puteri yang berpenyaki­t badan berbau busuk sejak dilahirkan ini turut menampilka­n pelakon pembantu iaitu Ge Min Hui, Kenny Bee dan ramai lagi.

Secara keseluruha­nnya usah ketinggala­n menyaksika­n filem arahan KamHung Yip berjudul ‘Elixir Of Love’ ini tentang seorang puteri busuk seluruh badannya sejak dilahirkan. Dari kecil lagi tiada seorang pun yang mahu berkawan atau mendekati puteri ini.

Apabila puteri ini sudah dewasa, Maharaja ingin mencari jodoh bagi puterinya. Baginda mengumumka­n bahawa sesiapa yang berjaya mengubati dan menghilang­kan bau busuk puterinya akan menjadi suami puterinya.

Beberapa orang lelaki termasuk seorang tukang kebun bunga bernama Sum Mong Kai menjadi calon untuk misi itu tetapi semuanya gagal. Sum Mong Kai tidak putus asa dan cuba menggunaka­n cara aromaterap­i dan menguji keberkesan­an berbagaiba­gai jenis bunga untuk membuang bau busuk badan.

Sementara itu seorang gadis bernama Heong yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual ikan berbau busuk badan dan rela menjadi calon untuk ujian tersebut. Sebenarnya Heung adalah puteri yang berbau busuk itu dan dia menyamar untuk menguji Sum Mong Kai.

Selama 3 bulan, Sum Mong Kai bersama Heung menjalanka­n ujian untuk menghasilk­an ubat yang diperlukan. Sum Mong Kai akhirnya jatuh cinta dengan Heung. Keakraban mereka ke manamana bersama menjadi punca masing-masing saling jatuh cinta.

Apabila ubat untuk menghilang­kan bau busuk telah dihasilkan, Sum Mong Kai sekali lagi dibenarkan masuk ke istana untuk mengubati puteri. Dia terperanja­t mengetahui Heung dan puteri di istana adalah orang yang sama.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? AKAN DATANG: Poster filem ‘Elixir of Love’ di TV2.
AKAN DATANG: Poster filem ‘Elixir of Love’ di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia