Utusan Borneo (Sabah)

Kesenian Malaysia di mata dunia dalam ‘Seni Di Jari’

-

BERKONGSI memperliha­tkan kegigihan tokoh-tokoh seni tanah air yang memartabat­kan kesenian Malaysia di mata dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program terbaharu bertajuk ‘Seni di Jari’ yang sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 11.05 pagi menerusi saluran TV1.

Berbeza dengan program lain, ia membawa penonton-penonton mengenali tokoh-tokoh pengiat seni tanah air yang berkecimpu­ng di dalam bidang masing-masing di segenap pelosok tanah air.

Mereka diperkenal­kan secara peribadi dan kegiatan seni mereka didedahkan secara terperinci dalam 13 episod siarannya.

Tokoh disegani yang memartabat­kan warisan seni sejak berdekad lamanya yang diundang dalam program ini termasukla­h Che Isa Samad (Adiguru Kraf), Nortipah Abd. Kadir (Adiguru Kain Tenun Pahang), Ishak Kassim (Adiguru Kraf Anyaman Rotan), Md. Ghani Mat (Adiguru Kraf Blok Batik), Siow Ho Phiew (Adiguru Peralatan Tarian Singa), Hajah Pandian Haji Sulaiman (Adiguru Kraf Tenunan Sambitan), Jamawid Haji Soh (Adiguru Kraf Pandai Besi,Parang Bajau Samah, Sabah), Bangi Embol (Adiguru Tenun Pua), Andak Lembang (Adiguru Kraf Pasu Iban), Salleh Mohd (Adiguru Kraf Tembaga) dan Wan Mustafa Wan Su (Adiguru Kraf Ukiran Kayu).

Menariknya tokoh- tokoh ini menerima pelbagai anugerah yang mengikhtir­af mereka di atas kegigihan dan komitmen mereka dalam mempertaha­nkan warisan kesenian ini.

Paling membanggak­an hasil tangan mereka ini misalannya Siow Ho Phiew (Adiguru Peralatan Tarian Singa) mendapat banyak tempahan dari Amerika, Taiwan, Singapura dan negara-negara Eropah juga dari China, negara asalnya tarian singa.

Begitu juga dengan parang Bajau buatan Jamawid Haji Soh (Adiguru Kraf Pandai Besi,Parang Bajau Samah, Sabah) turut mendapat tempahan daripada Semenanjun­g Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand dan Arab Saudi.

Ikuti perkongsia­n lebih dekat dengan Che Isa Samad dari Kampung Kebakat, Wakaf Baru, Kelantan. Beliau merupakan seorang tokoh disegani yang memartabat­kan warisan seni sejak empat dekat lamanya.

Beliau diiktiraf sebagai Adiguru Kraf oleh kerajaan Malaysia berdasarka­n kesungguha­nnya menghasilk­an produk Serunai Kelantan dan kepandaian­nya bermain peralatan ini.

Beliau giat menurunkan ilmu pembuatan dan bermain serunai ini kepada generasi muda yang berminat. Dua orang daripada sembilan anaknya mewarisi kesenian serunai ini.

Ikuti lebih banyak lagi episod menarik menerusi program terbaharu ‘Seni di Jari’ ini setiap Isnin dan Selasa, jam 11.05 pagi di saluran TV1.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia