Utusan Borneo (Sabah)

‘Dream Girl’ India dikritik kerana kata penduduk Mumbai berlebihan

- Oleh Shakir Husain

NEW DELHI: Pelakon dan anggota politik India, Hema Malini memulakan kerjayanya dalam tahun 1960-an dan menjadi bintang terkenal pada 1970-an.

Beliau dikenali sebagai ‘Dream Girl’ India selepas berlakon dalam filem dengan tajuk sama. Impiannya menjadi kenyataan di Mumbai, dahulunya dikenali Bombay yang diibaratka­n sebagai Tinseltown bagi India. Pada hari ini, beliau adalah anggota parlimen dari parti yang memerintah Bharatiya Janata Party (BJP). Malini belum lagi mengecap kemasyhura­n dalam politik namun beliau memang terkenal kerana kerjaya Bollywoodn­ya. Pada tahun-tahun yang menyaksika­n Malini mencapai kemuncak populariti­nya, Mumbai juga mencapai peningkata­n luar biasa sebagai kota hiburan, pusat kewangan, gedung perniagaan­perniagaan besar dan hab untuk perdaganga­n luar negeri.

Mumbai menjadi bandar raya pilihan bagi golongan muda India yang bercita-cita tinggi dan ingin menempah kejayaan. Sama ada yang ingin menjadi pelakon, pekerja berkemahir­an atau tanpa kemahiran, usahawan, artis, yang sofistikat­ed dan sebaliknya, bandar raya berkenaan menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.

Jadi, tidak menghairan­kan apabila kenyataan Malini barubaru ini agar menyekat penghijrah­an orang ramai daripada berpindah ke bandar mega itu menarik perhatian meluas pelbagai media sosial.

Malini, kini 69 tahun, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berbahasa Tamil di Ammankudi, Tamil Nadu, dan ramai yang menyatakan bahawa beliau sendiri juga adalah seorang pendatang ke bandar itu.

Beliau membuat kenyataan berkenaan berikutan satu kebakaran yang membunuh 14 orang di sebuah pusat komersial terkemuka yang dikenali sebagai Kamala Mills pada 28 Dis.

Ditanya mengapa berlaku rempuhan dan kebakaran di bandar itu, Malini berkata ia berpunca daripada “terlalu ramai” penduduk.

“Penduduk terlalu ramai, kota ini berkembang dengan sangat pesat. Ia tidak dapat dikawal. Perlu menyekat penghijrah­an penduduk ke bandar ini. Setiap bandar perlu mempunyai jumlah penduduk yang tertentu, mengehadka­n jumlahnya, setelah itu tidak dibenarkan masuk lagi. Kemudian biarkan mereka pergi ke bandar lain,” kata Malini.

Kenyataann­ya itu mencetus pelbagai kritikan, dengan sesetengah pihak berkata bahawa beliau sepatutnya menekankan mengenai ketidakcek­apan pentadbira­n bandar dan bukan perihal kependuduk­an.

Mumbai adalah ibukota Maharashtr­a yang diperintah oleh BJP dan perbandara­nnya pula di bawah bidang kuasa persekutua­n nasionalis Hindu BJP dan parti Shiv Sena serantau.

“Hema Malini adalah antitesis gadis impian,” kata individu di Twitter.

“Saya tidak fahami akan hubung kait antara kebakaran di sebuah restoran dan jumlah penduduk sesebuah bandar,” kata seorang lagi.

Ramai yang berpendapa­t bahawa komen beliau itu tidak wajar dan tidak bijak. Ada yang meminta beliau berpindah ke Mathura, kawasan yang diwakiliny­a di Uttar Pradesh.

Kebakaran itu juga mencetuska­n perdebatan mengenai kemerosota­n Mumbai sebagai hab komersial dalam tiga dekad yang lepas.

“Suatu ketika dahulu bandar kosmopolit­an hebat ini sangat ternama di seluruh dunia ... ia telah menyusut menjadi mimpi buruk infrastruk­tur bandar,” kata Sanjay Jha, jurucakap parti Kongres.

Kedua-duanya,

BJP dan Shiv Sena berkongsi memerintah di perbandara­n itu dan “sama-sama bersalah”, kata Milind Deora, bekas menteri persekutua­n India.

“Kenapa menjanjika­n Smart Cities sedangkan perkara-perkara asas pun tidak mampu diperbetul­kan?” beliau bertanya merujuk kepada cita-cita kerajaan India untuk menaik taraf 100 bandar pada tahun 2020 dengan ciri-ciri seperti bekalan elektrik dan air tanpa gangguan, pengangkut­an awam yang cekap dan infrastruk­tur berteknolo­gi tinggi.

Mumbai dihuni lebih 18 juta penduduk, majoritiny­a tinggal di kawasan dan kejiranan yang sesak.

— Bernama * Shakir Husain, koresponde­n Bernama di New Delhi berkongsi pengalaman beliau dari India.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia