Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 penduduk meriahkan Program Hasanah Bersama Rakyat

-

KUCHING: Program Hasanah Bersama Rakyat (HBR) anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di sini mendapat sambutan baik dan meriah oleh lebih 3,000 penduduk setempat.

Sebanyak 40 gerai pameran daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil bahagian dalam program tersebut.

Pelancaran program HBR itu dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Dr Hazland Abang Hipni di Pusat Konvensyen Penview, pada Sabtu.

Wan Junaidi yang ditemui menyifatka­n program itu sebagai amat bermanfaat kerana ia mampu mendekatka­n agensi kerajaan dengan rakyat.

“Ini kerana jika ada masyarakat mahu berurusan dengan agensi kerajaan, mereka boleh datang ke program ini,” katanya.

Melihat kepada sambutan itu katanya, beliau mencadangk­an Khazanah menambah satu lagi program yang sama dalam kawasan Parlimen Santubong bagi membolehka­n masyarakat kawasan pedalaman menyertain­ya.

“Saya sarankan program ini diadakan di kawasan Lundu memandangk­an kesukaran penduduk untuk datang menyertai HBR pada hari ini (semalam) disebabkan kedudukan yang agak jauh meskipun terletak dalam Parlimen sama,” katanya.

Wan Junaidi berkata, dalam melaksanak­an program HBR di negeri ini, Khazanah perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi perhubunga­n, penduduk tinggal berselerak dan keaadan geografi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia