Utusan Borneo (Sabah)

Zon Klias anjur kejohanan padang dan balapan

-

BEAUFORT: Pasukan Zon Klias telah berjaya menganjurk­an Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Klias Ke-43 yang diadakan di Kompleks Sukan Beaufort.

Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Sarudin Hj Maarof berkata, empat yang lain iaitu Zon Membakut, Zon Pekan, Zon Gadong dan Zon Weston bakal mengelolak­an sukan masing-masing bagi mengikuti jejak Zon Klias yang seterusnya memulakan takwim sukan permainan MSS Daerah Beaufort 2018.

Katanya, kesemua zon dalam daerah ini dalam persiapan mengelolak­an sukan sebagai memilih peserta yang berpontens­i bagi mewakili zon masing-masing ke Kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Beaufort penghujung Februari depan.

“Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort memberi peluang dan masa untuk menganjurk­an kejohanan padang dan balapan bagi memberi peluang kepada kelima-lima zon memilih peserta,” katanya.

Menurutnya, kejohanan padang dan balapan merupakan aktiviti tahunan untuk melahirkan bakat yang berpontens­i diketengah­kan ke peringkat zon, daerah, bahagian dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Sarudin yang mewakili Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n PPD Beaufort merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pengerusi zon yang telah dan akan melaksanak­an kejohanan padang dan padang masing-masing.

Zon Klias antara zon yang telah berjaya menganjurk­an kejohanan padang dan balapan baru-baru ini sebagai medan untuk memilih para atlet terbaik untuk mewakili MSS Zon Klias.

Hadir sama, Penyelia Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Kamal Kupon dan Rashid Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia