Utusan Borneo (Sabah)

Villarreal kejutkan Real Madrid di Santiago Bernabeu

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid mengundang risiko semakin ketinggala­n di belakang pendahulu La Liga Sepanyol selepas satu umpanan lewat Pablo Fornals menyaksika­n Villarreal mencipta kemenangan 1-0 Sabtu lepas yang juga kemenangan pertama mereka di Santiago Bernabeu.

Fornals menjaringk­an gol ketika berbaki tiga minit permainan untuk menyebabka­n skuad kendalian Zinedine Zidane itu kini ketinggala­n 16 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, yang boleh menjarakka­n lagi kedudukan dengan 19 mata jika menewaskan Real Sociedad pada perlawanan lewat.

Apa yang memburukka­n lagi keadaan buat Real ialah mereka kini 10 mata di belakang pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid, yang mengumpul 42 mata dan kurang enam mata di belakang Barcelona selepas menang 1-0 di Eibar menerusi gol Kevin Gameiro pada minit ke-27.

Real juga kurang lapan mata di belakang Valencia, yang mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga apabila menewaskan Deportivo la Coruna 2-1 menerusi gol Goncalo Guedes dan Rodrigo.

“Kami tidak selayaknya tewas. Kami mempunyai peluang yang lebih baik tetapi bola tidak masuk,” kata Zidane selepas kekalahan kedua berturut-turut Real di tempat sendiri.

Kemenangan melonjak Villarreal ke tangga kelima dan satu mata di belakang Real Madrid.

Real mempunyai hampir 30 cubaan ke pintu gol dengan Cristiano Ronaldo antara mereka yang gagal menyempurn­akan peluang.

“Kami melakukan segalagala yang kami mampu dan saya tidak dapat memberikan penjelasan kenapa bola gagal masuk,” tambah Zidane.

“Saya tidak dapat mengkritik pemain. Ia hanya satu tempoh buruk kelab, itu sahaja.”

Ronaldo, yang sering menjadi penyelamat Real ketika mereka tidak beraksi dengan baik, gagal melakukann­ya kali ini dengan beliau sendiri terlepas satu peluang keemasan apabila melakukan rembatan tepat ke arah penjaga gol lawan dari umpanan Isco.

Beliau juga sering bertengkar dengan pengadil, terutama sekali apabila dikasari Daniele Bonera sebelum melakukan rembatan ke pintu gol.

Real mengekalka­n rentak selepas rehat tetapi selepas gagal menembusi pertahanan kental Villarreal, Fornals mencipta sejarah dan menambah tekanan ke atas Zidane dengan gol lambung pada minit ke-87. -AFP

 ??  ?? GARETH Bale cuba melepasi tiga pemain Villareal dalam perlawanan itu. -Gambar REUTERS
GARETH Bale cuba melepasi tiga pemain Villareal dalam perlawanan itu. -Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia