Utusan Borneo (Sabah)

Harry Kane berada di landasan pecah semua rekod gol Liga Perdana Inggeris

-

LONDON, England: Harry Kane berada di landasan untuk memecah semua rekod gol dalam Liga Perdana Inggeris selepas mencipta mercu tanda baharu Sabtu lepas, menurut pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino ketika bercakap mengenai penyerangn­ya.

Pochettino memberikan pujian selepas melihat Kane mengatasi rekod kelab dalam Liga Perdana, yang dicipta Teddy Sheringham, dengan dua gol untuk koleksi 98 gol ketika Spurs membelasah Everton 4-0 di Stadium Wembley.

“Beliau pemain yang berbakat, sangat profesiona­l dan saya berasa sangat gembira. Beliau selayaknya pujian dan penghargaa­n. Saya fikir beliau akan memecah semua rekod dalam Liga Perdana dan di England,” kata Pochettino ketika memberitah­u penyiaran BT Sport.

“Apa yang menarik ialah rekod Jimmy Greaves masih begitu jauh, jadi tidak setiap minggu beliau akan mengatasi rekod lama.”

Kane, yang menamatkan tahun 2017 sebagai penjaring terbanyak dari lima liga utama di Eropah, memulakan tahun 2018 dengan rentak yang sama tetapi ketika beliau memburu 100 gol liga bersama Spurs, beliau masih jauh dari rekod gol Greaves dengan 220 gol.

Namun Pochettino percaya Kane,

yang masih berusia 24 tahun, boleh beraksi sehingga 10 atau 12 tahun lagi sekiranya mengelak kecederaan serius dan mengatasi semua rekod yang ada.

Kane, dengan rendah diri, tidak memburu rekod baharu.

“Ia sesuatu yang amat saya bangga tetapi ia hanyalah satu lagi rekod, kami harus terus berusaha,” kata beliau. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia